Monday, November 5, 2012

Vita-C R15 Dr.Reckeweg - Tonik Untuk Saraf




Di zaman serba mencabar dengan pelbagai komitmen yang perlu di tepati,  akan menjadikan seseorang itu akan mengalami tekanan, keletihan tubuh dan fizikal dan akan menjurus kepada depresi atau stress. Depresi pula akan menjadikan individu tersebut akan mengalami komplikasi seperti susah untuk tidur malam atau insomnia, sakit kepala dan kegagalan sewaktu perhubungan intim, hilang selera makan dan pelbagai komplikasi kesihatan seperti tekanan darah tinggi atau pun tekanan darah rendah.

Ada kajian menunjukkan, kitaran haid yang terganggu sehingga menjadi punca utama kepada  ketidaksuburan bagi wanita ialah depresi. Keturunan telah jatuh di tempat kedua, ini menunjukkan depresi amat bahaya jika tidak dirawat dengan segera!



Seringkali saya sarankan kepada mereka yang alami depresi, insomnia dan terlalu kurus untuk mengambil Vita-C R15 bersama dengan R95 Alfalfa Tonic with Ginseng. Begitu juga yang inginkan kulit yang cantik dan menawan atau yang mengalami masalah kelemahan seksual. Indikasi yang tercatat pada label tidak semestinya menceritakan segala-galanya melainkan ada yang tahu mengenai khasiat tambahan sesuatu produk homeopathy seperti Vita-C R15.

Formula Vita-C R15 bertujuan untuk melegakan apa jua masalah yang terjadi kepada saraf-saraf. Sebab itulah ia di panggil “tonik”. Tonic secara perubatan bermaksud, melegakan ketegangan yang berterusan, melegakan pengecutan (spasma otot) otot. Tonik ialah persediaan yang mempunyai bahan terapuetik untuk meningkat tenaga dan mencetus rasa selesa.

Indikasi 

Vita-C R15 membantu melegakan;

1.    Kepenatan dan kelemahan saraf (nervous exhaustion, nervous weakness)
2.    Kerisauan tanpa sebab
3.    Insomnia (tidak boleh tidur) akibat konflik hidup,
4.    Sakit kepala,
5.    Mudah penat,
6.    Neurasthenia (gejala psikologi dan fizikal termasuk kelesuan, iritabiliti, pening dan sakit kepala),
7.    Tiada tenaga atau lemah dan tidak mampu untuk fokus kepada tugasan

Dos : 1 sudu teh 3 kali sehari pada awal pengambilan, dos di kurangkan kepada 2 kali sehari dan 1 kali sehari selepas simptom sudah pulih.

Jika ingin memesan, buat masa ini ada promosi sempena 7 TAHUN saya di online, sila biohomeopati.com untuk membuat pesanan.



Tuesday, October 30, 2012

R55 Dr Reckeweg, Cantik Luar dan Cantik Dalaman






R55 Dr Reckeweg Remedi Universal

 Salam Aidil Adha kepada semua, semoga anda dan keluarga sentiasa ceria. Jangan makan sup gear box banyak sangat ok hehe ..nanti sakit jantung pula .. jika anda terasa pening-pening kepala cepat-cepatlah pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan tekanan darah.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai “hero yang tidak didendangkan atau unsung hero”. R55 adalah remedy “multi purposes” untuk pelbagai kegunaan bagi kaum wanita atau lelaki. R55 adalah produk keluaran Dr Reckeweg yang terkenal di seluruh dunia, formula-formula yang digabungkan di dalam satu botol ini amat hebat dan mendapat pengiktirafan daripada doktor Alopati dan pengamal perubatan alternative lain.

Sepanjang saya menjadi pengamal,  feedback dari kaum wanita lebih memberangsangkan, telah banyak SMS dan email yang membuatkan saya mengelar R55 adalah "unsung hero". Ini bukan bermakna tidak “menjadi” bagi kaum lelaki. Cuma kaum lelaki ni tak suka kongsi cerita. Contoh terbaru seorang lelaki yang mengalami kemalangan yang agak parah, di mana tulang punggungnya telah patah. Ibu beliau meminta saya untuk mencadangkan remedi yang terbaik untuk anaknya..... saya tanpa berfikir panjang R55 adalah remedi yang perlu di ambil sepanjang tempoh surgery dan selepas surgery untuk memasukkan besi ke punggung anaknya,....... Subhanallah selepas 3 minggu walaupun dengan bantuan "standing aid", anaknya sudah boleh berdiri tegak tanpa memegang standing aid tersebut.


Kenapa R55 saya gelar sebagai “unsung hero”?

Sekiranya anda mengalami masalah penyakit yang tidak pasti puncanya, saya akan cadangkan R55 sebagai remedy permulaan untuk anda ambil. R55 mengandungi formula yang sangat hebat dan merangkumi perlbagai masalah tubuh bermula dari sistem darah, saraf sehingga ke tulang.

Malah amat membantu para ibu yang telah melahirkan anak tidak kiralah baru atau sudah bertahun-tahun lamanya, R55 masih mampu memberi kesan yang sangat baik. Contohnya Puan Nor dari Terengganu yang tercari-cari suplemen untuk dirinya yang telah melahirkan 4 orang anak. Saya mencadangkan Puan Nor untuk mengambil R55 secara berterusan selama 3 bulan berturut-turut. Selepas 3 bulan Puan Nor membuat pesanan untuk dirinya dan adiknya. Komen beliau selepas 3 bulan dia terasa tenaganya seperti di zaman remaja dan suaminya pula membuat komen yang cukup membanggakan. Mana tidak bangga bila suami dia komen, payudara dan pinggulnya semakin mantap.



Formula R55
-
Arnica: Acts on the arterial system, regularizing effect on the blood circulation, eliminates stoppages.
Belladonna: Against inflammation.
Calendula: especially in contusion.
Echinacea angustifolia: Against inflammation and septic complications.
Hamamelis: Bleeding and venous stasis.
Rhus toxicodendron: Consequences of overexertion and dislocation.
Ruta: Unduly strenuous efforts.
Symphytum: In fracture.

R55 sangat hebat untuk merawat pelbagai masalah kecederaan lama dan baru seperti kecederaan akibat kemalangan, surgery, kecederaan sewaktu bersukan, pembedahan sewaktu bersalin, cedera akibat tembakan atau senjata tajam, setiap kecederaan yang mengalami pendarahan dan lain-lain.



Kecederaan sewaktu bersukan


Dos pengambilan:

-          Kes kecederaan akiut (acute) : ambil 10-15 titis dan dicampur dengan sedikit air setiap 10 minit
-          Kecederaan melibatkan tulang, ambil remedy setiap ¼ jam, hari kedua setiap ½ jam dan hari ketiga setiap jam, selepas itu 3-6 kali sehari sebelum makan setiap hari, 10-15 titis.
-          Selesema atau masalah jantung (akibat kerja kuat), ambil ubat-ubatan klinik biasa dan selang seli dengan R55 3-6 kali sehari.
-          Untuk suplemen 15 titis dicampur dengan sedikit air 3 x sehari sebelum makan.

Remedi yang boleh di ambil bersama atau susulan


-          R3 untuk merawat otot jantung yang lemah
-          R6 untuk merawat symptom jangkitan sehingga mengakibatkan demam
-          R11 untuk masalah rhuematik (saraf-saraf seperti sakit pinggang)
-          R46 kecederaan di tangan
-          R16 masalah migraine dan neuralgia (masalah kesakitan di saraf)

Saya berharap artikel ini mampu untuk memberi info dan manfaat kepada anda, keluarga dan sahabat handai 

 

Saturday, July 7, 2012

Tonsil Oh Tonsil Perlu Dibedah Ke?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog. Dah lama tak update blog ni ..bz mengalahkan PM kata wife saya hehe.. Mohon maaf jika terlambat menjawab komen para pembaca yang setia melawat blog .. jangan marah ya hehe, tapi jangan risau ada alternatif yang membolehkan saya menjawab dengan pantas di FACEBOOK . FB ni mudah nak reply soalan-soalan kerana di handphone pun boleh online kan ... so saya sarankan anda join FB biohomeopati.com . Kalau yang belum LIKE sila klik LIKE dan secara automatiknya sila inform saya nama FB anda untuk anda mendapat diskaun 10% untuk semua produk homeopathy.. 

 Kali ini saya ingin share mengenai tonsil yang membengkak atau keradangan tonsil di kalangan kanak-kanak. Kesian sampai ada yang tidak boleh bernafas dengan sempurna akibat tonsil yang membengkak menghalang saluran pernafasan. Malah yang tak "bestnya" tonsil ini boleh disebarkan melalui minuman dan makanan, so bila ada kawan-kawan yang mengalami keradangan tonsil akan menyebarkan kepada kawannya, budak-budak faham-faham ajelahkan semua nak disharenya termasuklah makanan dan minuman.

Alhamdulilah telah banyak kes-kes tonsil telah berjaya disembuhkan dengan izin Allah SWT termasuk yang terbaru ni, cuma nak dapat testimonial je agak susah. Syukur kali ni saya terima SMS yang berserta gambar memang "rare".. telah diperolehi dari seorang ibu yang amat gembira. Mana tak gembira kan.. anaknya tidak perlu dibedah kerana tonsilnya telah mula surut selepas 30 hari mengambil BC03 dan Mercurius Iodatus Ruber atau Merc-i-r dan BC02 (12 garam tisu yang lengkap). Merc-i-r adalah remedi homeopathy untuk merawat tonsil yang mula membengkak di sebelah kanan terus merebak ke kiri dan semakin meradang.


Berikut ialah SMS yang terima :

Nmpak sprt ada perubahan doc.cuma ank sy ni bila skul kekadang suke share mkn dgn kwn dier n jangkit flu or batuk msti tonsil pun infection skali.bile ade tanda2 batuk or flu sy bg kan bc02,bc03,mer rub.tp so far x pernah demam lg doc.cpt baik.sehari dua dah baik

Doc Alhamdulillah brg slmt smpai :) .hri ni juga ank laki sy folo up.doc sahkan lung clear.syukur Alhamdulillah bnyk perubahan doc kt x perlu foloup stiap bln lg.tq bnyk2 doc :) .hri ni genap 4mnggu ank sy ambil bc02.perlu x sy teruskan doc?

Saya cadangkan untuk diteruskan selama 3 bulan berturut-turut dan selepas itu akan diberi kepada potensi yang lebih tinggi untuk memberhentikan keradangan untuk selamanya ...Insya Allah.

Nota : Merc-i-r juga berkemampuan untuk merawat Diphtheria (penyakit yang boleh membawa maut akibat jangkitan di hidung, tekak dan laluan pernafasan), infeksi kelenjar (Glandular Affections), ulser di mulut (Mouth Ulcers), sakit tekak dan tengkuk (Sore Throat and Neck), dan sakit gigi (Toothache).

Monday, June 18, 2012

Promosi Sempena Nak Puasa - Percuma 1 BC20 Detox Untuk Slim

 Set untuk slim yang popular iaitu Phytolacca Americana 3 in 1 dan R79 garlic Dr Reckeweg (Phyto & R79 untuk 30 hari) untuk 30 hari yang berharga RM250 (2 kotak Phytolacca dan 2 kotak R79), kini bersama-sama set Phyto & R79 akan diberi PERCUMA 1 botol BC20 Detox untuk slim. BC20 ini jika dipesan secara berasingan ia berharga RM80 sebotol.

Sempena menyambut bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, saya dengan ini menawarkan hanya sebanyak 30 unit sahaja untuk pembaca blog homeopathy2u yang setia. Jika ingin memesan sila email ke khairulanwar.mustafa@gmail.com untuk mendapat info cara bayaran dan lain-lain.

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua.!!!

Friday, June 15, 2012

Malaysia Is Under Attack


From my office in Bandar Baru Bangi, I can clearly see the air quality is bad and the pollution is worsening every minute (Four of the index's pollutant components i.e., carbon monoxide, ozone, nitrogen dioxide and sulfur dioxide). No doubt it was a haze or jerebu in Bahasa Malaysia and pollution in general. Malaysia is under attack right now!!.

Common complaint from the haze is sore throat, cough and mild fever. Face the worst is asthma patient with chronic bronchial obstruction or bronchospasm. Bronchospasm or a bronchial spasm is a sudden constriction of the muscles in the walls of the bronchioles. It is caused by the release (degranulation) of substances from mast cells or basophils under the influence of anaphylatoxins. It causes difficulty in breathing which can be very mild to severe.

Malaysia has risen to the industrial age, not wanting to be left behind in the dark ages anymore, but at the cost of the environment. Many industrial zones have been approved by the government to be set up in mostly forestland and uninhabited areas. One very good example of the industrial zone is of Shah Alam in the state of Selangor. As a result, trees have been cut down to accommodate towards the building of large industrial factories.
   
Not only has the oxygen supply been decreased, these factories are spewing out poisonous gases in the course of its production.
  
Naturally, people would flock to industrial zones such as Shah Alam because of the high pay and high opportunity of jobs involved. Shah Alam is now one of the most densely populated areas as well as one of the most highly polluted areas in the country, and yet it is not the only one. One can imagine the amount of people who will be affected by the long side effects of the pollution from the gases.
   
The increasing amount of cars in Malaysia also has lent a hand in the pollution. Excess poisonous gases and heat are emitted daily (you should know the rest). Open air burning, despite it being banned by law, has not been heeded by the people of Malaysia. Burning is also the only way right now to get rid of the excess rubbish. Smoke and heat is released.

Homeopathy and Biochemic Remedy For Asthma

Don’t get rid of your corticosteroid inhaler. It may be the only thing to work with a severe attack, but natural healthcare does offer an asthma attack remedy which can reduce the severity and decrease or totally get rid of the dependence upon medicine like corticosteroids and bronchodilators. 

It is possible that the use of an inhaler will become less and less.
Inhalers have side effects which are unpleasant such as headaches, throat irritation, frequent infections, tremors, or heart palpitations. Use of inhalers over a long period of time can reduce the body’s ability to absorb calcium effectively and cause osteoporosis because the needed calcium is being taken from the bones.

Biochemic (Cell Salt) - Try using the cell salt combination of  Kali phos,  Mag phos and  Natrum sulph. This can be used for breathing troubles and asthma attacks. It works to calm our 6 year old's breathing when she has an asthma attack, or BC02 with 12 combination of cell salt, a complete combination in one bottle.

These three biochemic, cell supporting tissue salts combined together can provide such a remedy:

1. Kali phos (6X) is often called ‘nature’s pacifier’. It has a relaxing effect on the nerves and throughout the body and helps to support healthy breathing.
2. Mag phos (6X) has a variety of uses, amongst these is the ability to prevent spasms and tightness in the chest
3. Nat sulph (6X) is classically used as a natural bronchial tonic and helps to soothe the respiratory tract

This homeopathic formula of tissue salts may be taken internally at the first signs of wheezing, chest constriction, closed airways or abnormal breathing for effective help as an asthma attack remedy. It supports lung and bronchiole functioning, maintains the respiratory tract and immune system health and doesn’t have the side effects of corticosteroids and bronchodilators.


Friday, June 8, 2012

Detox Untuk Kurus - Set Detox Homeopathy Untuk Slim

Produk kadang-kadang tidak sama seperti digambar ini

Detox Untuk Kurus

Kerap kali mereka yang obes akan mencuba remedi homeopathy sebagai jalan terakhir selepas gagal untuk mendapat berat yang diidamkan. Beribu ringgit sudah dilaburkan, untuk membeli pelbagai produk di pasaran. Kalau dilihat testimonialnya yang amat hebat, disertakan gambar sebelum dan selepas amat menyakinkan. Tetapi bagi sesetengah orang sahaja, kerana setiap individu adalah berbeza!. Disebabkan setiap individu adalah berbeza, maka Homeopathy akan memberi fokus kepada "root of the problem" bukan kepada "diseases". Maka "akar" kepada masalah itu perlulah dibaja, dineutralkan dan diimbangkan ketidakseimbangannya supaya sistem antibodi lebih cekap untuk bekerja.

Jika produk yang paling "power" pun gagal untuk bekerja, ini bermakna tubuh mereka atau "root of the problem" memang bermasalah. Berkemungkinan besar tubuh mereka sudah di liputi dengan pelbagai jenis bahan atau "substances" yang terkumpul hasil dari pengambilan pelbagai produk sebelum ini dan berkemungkinan terdapat bahan-bahan kimia, dadah dan tidak ketinggalan vaksin yang diambil dari bayi sehinggalah ke dewasa. Tubuh mereka sudah menjadi seolah-olah kubu yang terbina dengan kukuhnya untuk menahan segala serangan penyakit, termasuklah ubat-ubat kurus. Tubuh anda sudah bertukar seperti “firewall” yang terdapat di dalam sistem pertahanan komputer anda!. Jika tidak "neutralkan" atau di alir keluar dari tubuh, ia akan menjadikan anda seorang yang akan gagal untuk kembali ramping dan menarik.

Bagaimana Untuk Kurus Dengan Detox?

Hasil dari kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar homeopathy secara holistiknya, terdapat gabungan 3 remedi Biochemic dan beberapa remedi Homeopathy yang berupaya untuk membantu sistem tubuh untuk menyahtoksik atau detox bahan-bahan yang menghalang tubuh anda untuk kembali mendapat berat badan yang ideal.

Program Detox Biochemic dan Homeopathy

  1. Kali phos – Perlu di ambil pada sebelah pagi, remedi ini amat membantu untuk menambah nutrient di saraf-saraf. Kali phos sangat berguna untuk menangani masalah berkaitan stress dan kepada mereka yang sukar untuk turun berat badan.
  2. Nat sulph – Perlu diambil sebelum makan tengah hari, Nat sulph bertindak sebagai pembersih dan menapis toksin, ia juga bertindak menghapus lebihan cecair di tisu-tisu. Nal sulph akan membantu hati untuk bekerja dengan lebih cekap menghapus toksin dan membantu menghalang sembelit dari terjadi.
  3. Nat phos – Perlu diambil pada sebelah malam, Nat phos bertindak sebagai pengimbang bahan yang berasid (acid base), menambah baik kadar metabolisma, menambah baik proses penghadaman dan menghapus pengumpulan cecair yang tidak diperlukan oleh tubuh.
  4. Thuja 200 - 4 biji di ambil 1 kali sehari , selama 1 minggu. Thuja berfungsi untuk "flush out" kesan-kesan negatif yang ditinggalkan oleh vaksin, ubat-ubat kimia berjadual seperti sabutramin. 
Dos pengambilan

  • Ambil 4 biji setiap satu remedi mengikut waktunya, remedi perlu  kemam/hisap 15 minit sebelum mengambil makanan.
  • Tempoh masa yang perlu diambil – sekurangnya 2-3 bulan, boleh diambil bersama-sama Phytolacca Americana 3 in 1 dan R79 garlic Dr Reckeweg.
  • Kuantiti – 1 set mengandungi 3 botol , setiap satu remedi mengikut timbangan ialah 80 grams (sebotol di anggarkan mempunyai 330-350 biji)
  • Setiap set ini dianggarkan untuk 2 bulan. 
Homeopathy adalah konsep perubatan yang lembut, boleh diharapkan dan berkesan. Ia bukan hanya "target" kepada masalah seperti obes, tetapi ia merawat seluruh sistem tubuh. Konsep Homeopathy mudah dan jelas, rawat "root of the problem" bukan hanya merawat penyakit semata-mata. Ibarat seperti sepohon pokok, jika akarnya sihat maka daunnya pun lebat dan buahnya pun berkualiti!.

Saturday, May 19, 2012

Jerawat - Detox Untuk Kulit Yang Gebu dan Bersinar

 Sekiranya anda telah mencuba pelbagai produk, duit pun sudah tidak terkira dan sudah penat mencuba pelbagai produk kecantikkan tetapi jerawat tetap akan timbul dengan "meriahnya". Ini menunjukkan anda perlu detox sistem tubuh anda. Detox dengan selamat dan tanpa kesan sampingan. Saya sebagai pengguna Biochemic, saya amat yakin dengan remedi biochemic yang amat selamat untuk pelbagai lapisan umur termasuk ibu mengandung dan bayi. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila terus membaca di artikel Biochemic Detox Untuk Jerawat

Secara peribadinya,  saya dan keluarga saya akan mengamalkan Biochemic untuk kesihatan umum dan juga dijadikan sebagai "Immune Booster" bagi menghalang pelbagai penyakit terutama batuk, demam dan selsema.  Biochemic merupakan kaedah perubatan yang sinonim dengan Homeopathy, malah telah dianggap sebagai sebahagian dari perubatan Homeopathy.Kaedah penyediaan remedi adalah sama tetapi perbezaannya Biochemic adalah bersifat mineral dan bio (benda hidup). Biochemic adalah apa yang ada ditubuh kita. "You are what you eat" begitulah sifatnya, kekurangan bahan mineral akan menjadikan tubuh kita ketidakselesaan atau disease. Biochemic secara asasnya hanya mempunyai 12 remedi utama yang telah diasaskan oleh Dr. Shuessler. Mengikut kajian beliau manusia terdiri dari 12 mineral seperti di artikel Mineral-Mineral Penting Didalam Tubuh - 12 Garam Tisu

Homeopathy bersifat alam semulajadi, sebahagian besar remedi Homeopathy adalah dari tumbuhan yang diproses secara Homeopathy dan di "potentized" lalu diberi skala kekuatan remedi mengikut skala numeric bermula dari 6, 30, 200, 1000, 10000 dan 100000. Secara amnya remedi Homeopathy mempunyai lebih dari 8,000 jenis. Wow banyaknya kan... tetapi kami sebagai pengamal akan mengamalkan Remedi Polycrest (pelbagai guna) sahaja. Remedi Polycrest secara amnya terdapat lebih dari 80 jenis.

Semoga anda bergembira bersama keluarga di hujung minggu ini ... Assalamualaikum..






Sunday, April 8, 2012

ABPBH, Baju Sendat Dan Ubat Kurus



Tengok ABPBH seumpama tengok pertunjukan fesyen. Rata-rata artis wanita yang hadir mengenakan pakaian yang sendat-sendat, sampai nak bernafas pun susah rasanya. Shila Hamzah pun tak terkecuali "dressing sendat" sampai nak langkah untuk naik tangga pun terkedek-kedek..opss terngumpat lak hehe.. 


Artis pakai sendat itu hak mereka la kan.. so biarlah mereka dan gaya mereka.. tetapi yang menyampah dan sakit telinga mendengar.. suara-suara (penonton)  yang menjerit-menjerit bila ada pengumuman atau selepas persembahan dibuat.. adoii please lah kita orang Malaysia dan rasanya mereka tu Melayu kan..(atau mereka tu dipaksa suruh jerit-jerit gitu kot?)

Saya sebenarnya nak komen mengenai ubat kurus, nampaknya Dato' Siti Nurhaliza semakin anggun, agak lansing  dan agak sendat juga hehe tapi masih sopan disamping Dato' K. Ubat kurus apa la agaknya Dato' Siti ambil ek ?. Pasti ada rahsianya ...

Mengikut kajian, setiap individu boleh mendapat berat badan yang ideal di dalam masa 90 hari dengan bantuan Phytolacca Americana 3 in 1 dan garlic Dr Reckeweg R79 sekiranya mampu mengamalkan Phytolacca Americana 3 in 1 dan garlic Dr Reckeweg R79 secara berdisiplin serta mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang rendah lemak serta mengamalkan senaman yang bersistematik sekurangnya 15-30 setiap sesi senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.


Untuk kurus seperti Aizat yang dulunya obes memerlukan kesabaran, tak percaya tanyalah Aizat sendiri, bagaimana beliau berjaya menjadi kurus seperti yang anda lihat dia dipentas bersama Dato' M.Nasir malam ni. 


Phytolacca Americana 3 in 1 sudah sinonim dengan program untuk kurus semenjak 2-3 tahun lepas.  Phytolacca Americana 3 in 1 semenjak itu menjadi pilihan ramai kerana bersifat "natural" tanpa bahan merbahaya seperti Duramin. feedback dan testimonial cukup banyak cuma saya aje yang tak sempat nak nak upload ke blog. Paling sukses yang pernah dilaporkan kepada saya (cuma dia tak sudi menjadi glamour untuk disiarkan gambarnya aje hehe) ialah En.Shahril yang pada awalnya mempunyai berat badan 90 kg dan selepas 3 bulan beliau sudah "handsome" dengan berat badan 60 kg dan tubuh yang berotot-otot macho gitu.. bagaimana beliau berjaya? Beliau mengamalkan Phytolacca Americana 3 in 1 dan garlic Dr Reckeweg R79 selama 3 bulan secara berdisiplin. Beliau juga bersenaman secara sistematik walaupun sibuk dengan tugas sebagai pegawai kerajaan yang perlu berulang alik dari Bangi ke KL setiap hari.

Moral of the story, nothing comes easy.. betul tak?