Feedback yang diperolehi dari pengguna SS-Q1 & 2Homeopathic Breast Enhancement Therapy, amat-amat menggalakkan dengan kesan positif yang begitu membanggakan, kesan perubahan paling pantas pernah dilaporkan hanya mengambil masa dua minggu!!
Bukan setakat payudara sahaja yang berubah bentuk, dari yang kecil menjadi semakin membesar, yang jatuh kembali menegang tetapi sistem endoktrin wanita yang amat kompleks juga dirawat. Senggugut, haid yang tidak teratur, haid terpendam (amerrnohoea) dan masalah hormon juga dapat diatasi dengan selamat dan tanpa kesan sampingan.
Hasil dari permintaaan dan kajiselidik yang saya buat serta rakan ekslusif Kedai Online Zuzila 95% responden inginkan produk yang berbentuk krim urutan payudara bagi mempercepatkan proses perubahan pada bentuk payudara, oleh itu SS-Q 1 & 2 kini dilengkapkan setnya dengan krim untuk urutan payudara yang dikenali sebagai SS-Q1 & 2 Massage cream yang dirumus secara semulajadi dan selamat untuk digunakan.
SSQ-1 & 2 juga di beri wajah baru dengan pakej yang didatangi dengan kotak ekslusif yang cantik menawan. Buat masa ini biarlah bentuk pakej set terbaru SS-Q 1 & 2 menjadi misteri terlebih dahulu.
Begitulah luahan perasaan gembira seorang pengguna produk BC01, BC04, BC16, CCC dan CCS. Tetapi kali ini saya amat bertuah kerana diizinkan untuk menyiarkan wajah ala-ala "Ayu Raudah" seperti yang kerap dipuji oleh suaminya, dia rasa suaminya hanya ingin mengambil hati sahaja, tetapi rakan-rakan sekerja pun sudah "jealous" dengan wajah barunya.
Jeragat, whitehead, blackhead dan kesan-kesan parut boleh dikatakan 95% hilang didalam tempoh 3 bulan dia mengguna produk yang selamat dan tanpa kesan sampingan. Siapa kata bahan kosmetik sahaja yang mampu mencantikkan wajah, bahan-bahan dari alam semulajadi juga mampu mencantikkan wajah seperti di atas.
Wanita yang cantik adalah wanita yang sihat dalamannya dan cantik luarannya. Betul tak?
Nota : Gambar dan testimonial yang disiarkan ini telah mendapat keizinan secara lisan dari tuan punya gambar, dan yang pertama disiarkan disiarkan di online. Jika ada mana-mana web atau blog yang ingin mengguna gambar ini sebagai testimonial, adalah perlu menghubungi DrCoOL untuk memohon keizinan, ia adalah tertakluk kepada kebenaran tuan punya gambar ini.
Biochemic (Garam tisu) Untuk Masalah Jerawat dan Parut
Produk yang bermula dengan awalan BC bermaksud Biochemic atau garam tisu yang menjadi sebahagian daripada perubatan homeopati. Seringkali disebut Homeopathic Biochemic adalah menggunakan konsep penyediaan remedi yang sama dengan perubatan homeopati tetapi tidak tertakluk kepada konsep seperti homeopati iaitu “serupa menyembuhkan yang serupa”, kerana biochemic membantu membekal garam tisu yang berkurangan didalam tubuh sehingga menjadi punca kepada sesuatu penyakit dan bukan kepada persamaan sesuatu simptom dengan remedi seperti homeopati.
Perubatan alternatif Biochemic sering dipraktik oleh sebahagian besar doktor-doktor homeopati termasuk saya kerana cara pemilihan remedi yang tidak terlalu banyak iaitu hanya sekadar 12 remedi yang mewakili 12 mineral atau garam tisu yang sedia ada di dalam tubuh , ia lembut dan selamat untuk semua peringkat umur, termasuk ibu-ibu mengandung dan bayi.
Biochemic telah menunjukan prestasi yang cemerlang untuk menangani pelbagai penyakit yang terjadi akibat kekurangan mineral di dalam tubuh. Paling utama ialah masalah kulit seperti jerawat yang terjadi akibat kekurangan beberapa garam tisu yang terdapat di dalam tubuh seseorang itu.
Mengapa perlu mengambil Biochemic?
Ini ialah kerana Biochemic mampu merawat tanpa meninggalkan kesan sampingan seperti produk kosmetik atau berteraskan bahan kimia yang pasti akan menjadikan anda hanya cantik di luaran sahaja kelihatan bersih dan bebas jerawat, dengan membenam jerawat dan akhirnya menjadi nanah di bawah permukaan kulit anda tanpa anda sedari.
Muka kita secara konsisten bergelut untuk terus berada pada tahap terbaik pada setiap hari kerana sering terdedah kepada pelbagai unsur negatif seperti pencemaran udara. Kerap kali juga muka akan mengalami kekeringan atau terlalu berminyak. Selain dari itu, hormon yang tidak menentu juga memainkan peranan yang penting, kecelaruan aktiviti hormon seperti terlalu rendahatau kadang-kadang terlalu tinggi, menambah kepada masalah yang sedia ada.
Apabila jerawat mula naik,situasi panik akan membuatkan setiap individu mula mencari ubat-ubat dan krim untuk merawat dan menghapus jerawat. Bahan-bahan merawat digunakan seperti krim-krim pencuci dan penghapus jerawat yang mengguna bahan kimia yang berunsurkan “membenam” jerawat ke bawah lapisan kulit dan menanggalakan kulit (mengelupas) akan menambah derita, seperti perumpaan “sudah jatuh ditimpa tangga”. Oleh itu kita perlu bijak memilih konsep rawatan yang selamat, bebas bahan kimia dan yang penting tdak meninggalkan kesan sampingan seperti biochemic dan homeopati.
Perbezaan Di Antara BC-01, BC-04 dan BC-16
Perbezaan di antara produk ini hanyalah kombinasi remedi untuk masalah seperti jerawat pasir, jerawat batu, jerawat bernanah dan menghilangkan parut hasil dari jerawat tersebut.
BC-01 – Acne & Scar (jerawat dan parut) yang biasanya dicadangkan kepada individu yang berjerawat pasir dan ringan, ia amat sesuai digandingkan dengan Carmino Healing Cream (CHC) serta Sabun Merrygold
BC-04 With Biochemic Collagen adalah bertujuan untuk menambah protein yang berkurangan didalam kulit dan menjadikan kulit lebih sihat dan cerah. Ia juga membantu menambah keanjalan kulit agar Nampak segar , menghapus lebihan minyak, menegangkan kulit muka dan memudarkan parut-parut.
BC-04 juga sesuai digandingkan dengan krim Carmino Complexion Cream (CCC) dan Carmino Complexion Soap (CCS) atau Merrygold Soap (MGS). Selain CCC, Soundarya atau Aquifolium Cream juga boleh digandingkan bersama-sama BC-04 begitu juga dengan BC-01 dan BC-16. BC-04 boleh diambil sebagai remedi “maintenance” selepas mengambil BC-01 dan BC-16.
BC-16 Skin repair formula yang mengandungi kombinasi untuk merawat jerawat, bintik-bintik hitam dan putih (blackhead & whitehead) ,dan detox serta membersih bahan-bahan yang tidak dikehendaki dibawah lapisan kulit seperti nanah,sel-sel kulit mati dan juga untuk alergik kepada makanan atau persekitaran yang tidak bersih. Hasilnya jika individu tersebut mempunyai nanah dan sel-sel kulit mati, akan terjadi penolakan keluar dan menjadikan jerawat tersebut akan lebih teruk buat sementara waktu. Ini adalah kesan positif, tetapi ramai yang tidak tahan dengan situasi ini dan sering panik, tetapi anda perlu bersyukur kerana nanah-nanah dan sel kulit mati itu jika dibiarkan bermastautin di bawah kulit muka anda, secara pastinya satu hari nanti anda berkemungkinan besar akan mendapat kanser kulit. Setelah bahan-bahan yang tidak berguna itu telah ditolak keluar dan formulasi biochemic akan mengimbangi bahan-bahan mineral yang berkurangan kepada paras yang selamat. Oleh itu anda akan memperolehi penyembuhan yang hampir sifar untuk mendapat jerawat semula.
Bagi individu yang mengalami masalah jerawat akibat dari resdung juga bermanfaat dengan remedi biochemic kerana kombinasi untuk jerawat juga akan merawat resdung pada masa yang sama.
Kesan Sampingan
Tidak ada kesan sampingan yang dilapurkan, biochemic adalah amat selamat untuk semua peringkat umur, ibu-ibu yang mengandung dan kepada warga emas.
Mengapa Anda Mudah “Sunburn”?.
Hydroquinone, atau benzene-1,4-diol atau quinol .. Hydroquinone digunakan dialam produk kosmetik untuk mencerahkan kulit muka. Kebanyakan Negara termasuk Food and Drug Administration Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan Hydroquinone 2% semenjak 2006 lagi. Tidak dinafikan Hydroquinone bertindak dengan pantas seperti menghapus jerawat, mencerahkan kulit serta “menghakis” kulit muka yang kusam dan menjadikan kulit itu nipis serta licin. Kesan jangka panjang ialah lapisan kulit yang sepatutnya menjadi penghadang kepada sinaran UV telah “dihakis” oleh Hydroquinone sehingga menjadikan individu tersebut mudah “sunburn” walaupun terdedah kepada cahaya UV yang minima.
Nota :
Krim-krim homeopati adalah dari estrak bahan-bahan tumbuhan dan berasaskan bahan telap air, ia tanpa bahan berminyak dan tidak ada bahan-bahan dari ekstrak haiwan
Berikut ialah beberapa pertanyaan yang saya tidak sempat menjawab di SHOUT BOX:
era :Salam dr.tolong cnsult saya berkaitn parut jerawat + jrwt.sudah berthun2 saya mnglmi mslh jrawat..TQdee: ape beza bc01, bc 04 dan bc16?? CCC hanya tuk guna mlm je ke??
Effa: Doc, saya makan BC16 lepas bangun dari tidur tanpa gosok gigi boleh ke? Pastu saya makan pulak BC05 10 minit lepas tu saya makan brain buster.
Effa: Betul ke cara makan saya ni. Lagi satu sy kerap kembung lah doc kebelakangan ni. Nak mkn apa pulak ye?
Haris: doc,suggest kn sy produlk utk parut jwt yg berlubang
arina: salam doc. saya ada mslh jerawat disebbkan resdung.apa produk asas yang boleh sy cuba? n adkh ia betul2 berkesan?, arina n satu lg, ade x kesan smpingan kalau sy berhenti guna produk ni?
Tika: dr. masalah sya adalh alah pada maknan terutamnay sardin, ikan kering, tuna. klu saya kan muka saya akan terus naik jerawat dan kemerah2an. tika n akan tinggalkan parut dan jerawat tue susah nak baik. jadi ubat apa yg sesuai
ely: doc,memang bila pkai produk ccc n ccs dia akan kua dulu jerawat ke?e..makin byk jrawat berpasir kat pp.n dagu lak jrawat besar n bernanah. sharu l : doc cream ape yg sesuai utk parut jerawat yang berlubang2
Salam dan salam sejahtera pada semua pembaca blog yang setia, R95 bukanlah produk terbaru. Sudah lama saya preskripsikan pada individu yang Anemia (kurang darah), individu yang tidak ada selera makan, terlalu kurus termasuk kanak-kanak dan gandingan kepada IQ & EQ Booster untuk menjadikan minda kanak-kanak mahupun dewasa menjadi semakin cergas.
Tidak terkumpul oleh saya segala testimoni kerana telah lebih 10 tahun saya mempreskripsikan Alfalfa Tonic With Ginseng R95. Saya sendiri mengamalkan Alfalfa Tonic With Ginseng R95 dan Vita-C 15 dan Vita-C 15 Forte untuk mengekalkan kecergasan minda, tubuh dan mengawal stress.
Vita-C 15 250 ml
Alfalfa Tonic With Ginseng R95 dan Vita-C 15 adalah selamat untuk semua peringkat umur, termasulah bayi dan kanak-kanak dengan mengikut sukatan yang telah ditetapkan.
Indikasi: Anemia (kurang darah) yang kronik, kepenatan melampau akibat tertalu kuat bekerja, amat sesuai bagi individu yang didalam proses penyembuhan selepas sakit yang lama, membantu menghilang letih-letih selepas demam, kehilangan darah akibat penyakit, surgery atau selepas bersalin. Kanak-kanak yang bantut tumbesaranya dan pada sesiapa yang ingin menambah tenaga secara semulajadi.
Indications: Chronic conditions of anemia, anxiety due to overwork, exhaustion; ideal for use during convalescence, especially for those recovering from debilitating fever, illness or surgery; after pregnancy; following weight loss or growth spurts in children; for anyone wanting to naturally increase energy level.
Penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia, email anwar@solaris-marketing.com atau SMS ke 019-309 89 80 untuk mendapatkan harga promosi (sekiranya ada)
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang terjadi di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Remedi homeopati yang boleh membantu ialah Phytolacca Americana (boleh di dapati didalam bentuk produk, bentuk cecair remedy Q dan juga tablet), Phytofit (remedi cecair), Garlic R79 Dr.Reckeweg (kapsul) , remedi tunggal biochemic seperti Cal.carb, Cal.flour atau gabungan kombinasi remedi (dalam bentuk tablet dan cecair) dan boleh dipreskripsi secara individu mengikut symptom obesiti tersebut.
Siapakah yang tergolong di dalam kategori obesiti
·Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
·Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
·Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
·Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
·Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.
Bagaimana untuk mengukur BMI
Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan
Status
BMI
Kurus
Kurang 20.6
Normal
20.7 - 26.4
Gemuk
26.5 - 30.9
Obesiti
31.0 - 45.2
Bahaya
Lebih 45.3
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI =
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)
Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.
Lemak di dalam makanan
Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.
Jenis makanan
Gram lemak setiap sajian
% kalori dari lemak
Makanan tinggi lemak
Hamburger saiz biasa
11.8
39
Hot dog
14.5
54
Kentang goreng
20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)
12.247
Keropok kentang - 1 aun
10.1
61
Mentega/marjerin - 1 sudu teh
4
94
Sos salad - 2 sudu makan
11.1
85
Kek keju
16.3
57
Makanan rendah lemak
Kacang hijau - direbus = cawan
0.2
9
Roti - 1 keping
1.1
16
Mil oat - 1 cawan
2.4
15
Buah epal - 1 biji
0.5
6
Ubi kentang - 1 biji dipanggang
0.2
1
Risiko kesihatan
Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:
Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain
Kenapa perlu bersenam ?
Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.
Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.
Kegemukan di kalangan kaum India sebanyak 25.6 peratus diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.