Wednesday, September 30, 2009

Jerawat Naik Makin Banyak ... Tolonggggg Doc!!!

Mujur jeritan tersebut hanya di dalam YM , kalau di hadapan klinik aduss mau pengsan saya :), bila browsing mengenai jerawat, saya sering terbaca komen-komen kesedihan di blog-blog yang menggunakan produk atau remedi homeopathy, mereka ingin cepat dan ingin muka kembali gebu, mulus dan licin tapi secara tiba-tiba mereka berhadapan dengan outbreak (letusan jerawat atau tindak balas remedi). Tidak kurang juga yang email, YM dan di Shout Mix blog-blog termasuk blog ini dengan nada marah menempelak "apa ni doc".

Soalan saya mudah sahaja , anda mahu kanser kulit atau outbreak di muka anda?. Pilih salah satu dan hadapi masa hadapan nanti dengan dua kemungkinan, samada kulit anda akan menjadi kanser atau benar-benar bersih dari kesan-kesan sel-sel tidak sihat di bawah kulit. Mana satu pilihan anda?.

Ramai yang bertanya apa kaitannya dengan outbreak?. Rata-rata yang mengguna produk seperti BC01 dan BC04 merupakan kes-kes kronik (lama), setelah bertahun-tahun mengguna produk seperti krim pembasmi jerawat yang sering diiklankan dari pelbagai jenama di pasaran dan kesemuanya menjanjikan jerawat akan hilang dalam masa yang singkat , dan terbukti dakwaan mereka itu benar!. Maka larislah produk itu, tetapi setelah umur menginjak dewasa masalah jerawat semakin menjadi-jadi, tidak pernah reda malah telah mencuba pelbagai produk namun kesemuanya produk-produk itu berkonsepkan membenam jerawat kedalam kulit, ok sekejab dan akan timbul semula jerawat "degil" tersebut.

Kalau di nisbahkan mengikut feedback yang saya dapat, kes tanpa outbreak adalah jauh lebih tinggi dengan nisbah 10:4. mereka terus sembuh tanpa terjadi healing crisis atau outbreak. Ada juga yang langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan, ini berkemungkinan cara pengambilan, pantang-pantang atau ketidakserasian pada remedi tersebut menjadi faktor kekebalan mereka pada remedi. Setiap ubat atau remedi, keserasian adalah faktor yang amat penting. Homeopathy amat menekankan konsep keserasian pada setiap kes preskripsi individu.

Mengapa remedi homeopathy membongkar jerawat tersebut ?.

Homeopathy berkonsepkan "menghapuskan penyakit tetapi BUKAN menghapuskan simptom (contoh jerawat)", bermaksud remedi homeopathy menghapuskan penyebab kepada penyakit (contoh jerawat) bukan menghilangkan buat sementara (palliate) simptom tersebut.

*nota :

  • Simptom- contoh jerawat yang tumbuh di muka
  • Penyakit - penyebab kepada terjadinya jerawat di muka, seperti jerawat tersebut berpunca dari resdung, darah yang kotor, alahan dan pelbagai sebab.
Setiap penyakit terjadi pastinya ada penyebabnya, oleh itu penyebab kepada sesuatu masalah penyakit itu perlu di bongkar untuk merawatnya. Homeopathy percaya bila simptom terjadi, seperti outbreak apabila mengambil remedi ia adalah tanda kesan positif kepada penyembuhan. Biasanya perubatan moden atau disebut alopathy membuang simptom atau meredakan, membenam simptom itu seperti krim-krim yang membenam jerawat kedalam kulit dan melegakan buat sementara waktu kepada masalah jerawat tersebut dan akan berulang bila tiba masa nya seperti bom jangka.

Langkah dan remedi susulan

Adalah dicadangkan untuk meneruskan remedi sedia ada dan mengambil remedi susulan. Selepas mengambil BC01 dan BC04 kini terdapat pelbagai produk susulan yang boleh diambil seperti Aquifolium drops, Aquifolium cream, Soundarya cream, Witch Hazel cream, R53, Detox & Blood Purifier Ech-Q, Carmino cream, Merrygold soap dan remedi secara single bagi setiap kategori karekter seseorang itu.

Mengikut rekod kes-kes outbreak, remedi atau produk yang amat berjaya meredakan outbreak ialah 3 trio Aquifolium drops dan krim serta Detox & Blood Purifier Ech-Q. Saya juga mencadangkan Witch Hazel cream digunakan sebagai "sunblock" dan selepas jerawat-jerawat surut, Soundarya cream boleh membantu mempercepatkan memudarkan parut serta mencerahkan kulit muka.

Pemakanan juga perlu diawasi, hindarkan diri atau mengambil dengan kuantiti yang sedikit bila mengambil makanan yang resipinya seperti kacang tanah, belacan, budu tempoyak dan makanan yang berlemak

Salah satu testimonial yang saya ambil dari blog sahabat saya :



Untuk mendapat view yang lebih terang sila click pada pada testimonial untuk ke window lain di browser. Ceria-ceria selalu!!

Saturday, September 12, 2009

Kencing manis, darah tinggi dan kolesterol di hari raya

Hari Raya Aidil Fitri Dan Masalah Kesihatan

Selamat …. Selamat .. selamat hari raya … minta mak kuih sepotong kerana perut sudah kosong. Begitulah lagu raya yang sering berkumandang bila hari lebaran menjelma tiba. Bila hari raya pasti ada yang merungut mengenai kolesterol atau tekanan darah yang meningkat akibat dari juadah-juadah yang dimakan sewaktu jamuan hari raya.

Ketupat, rendang, nasi tomato, nasi briyani, rendang tok dan bermacam-macam lagi juadah ditambah kelazatan dengan air sirap, bikarbonat dan pelbagai perisa yang lazat. Para penderita tekanan darah tinggi dan kencing manis pasti akan merungut kerana terpaksa hanya melihat juadah-juadah tersebut. Pantang? Ada yang pantang tengok habis dibedalnya , ada yang benar-benar pantang, aduhai tak best kan.

Berat badan juga akan naik dek kerana “meriahnya” jemputan rumah terbuka. Semua baju-baju raya hanya akan menjadi perhiasan almari selepas hari raya. Sedihnya baju mahal tetapi hanya jadi perhiasan almari.

Untuk mengatasi gejala sindrom hari raya ini produk yang amat membantu ialah seperti berikut ,

1. Garlic R79 – untuk kolesterol, tekanan darah tinggi dan komplikasi jantung



2. Dibonil – untuk pesakit kencing manis yang tidak bergantung kepada insulin (tahap 2).



3. Card Aid & Beepee Aid – untuk masalah jantung dan tekanan darah



4. Phytolacca Americana 3 in 1 – untuk mengawal berat badan dan nafsu pemakanan.



Saya sendiri walaupun tidak mengalami masalah penyakit seperti jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi, produk-produk ini sentiasa menjadi bekalan didalam beg sebagai persediaan dan langkah pencengahan selepas mengambil makanan berlemak dan minuman yang manis. Saya akan mengambil 1 biji Garlic R79 untuk mengawal kolesterol dan 10 titis Dibonil untuk mengawal paras glukos. Produk-produk ini juga boleh membantu sekiranya terjadi serangan seperti darah tinggi dan peningkatan paras glukos yang sering terjadi kepada ibu, bapa , datuk dan nenek sewaktu anda dikampung.

Langkah pencegahan adalah rawatan yang terbaik dari merawat , oleh itu saya sarankan anda ambillah langkah berjaga-jaga di hari raya nan mulia ini.

Pakej Hari Raya : Garlic R79 + Dibonil + Card Aid + Beepee Aid RM190 (selagi stok masih ada dan sah sehingga 15 Oktober). Pakej ini tidak termasuk Phytolacca Americana 3 in 1.

Link : http://homeopathy2u.blogspot.com/search/label/bagaimana%20hendak%20beli%20produk%20di%20online

Thursday, September 10, 2009

Testimoni BioMax Plus - apa kata mereka....?

Testimoni BioMax Plus

Beberapa bulan yang lepas sebelum BioMax Plus belum diberi nama, BioMax Plus telah dipreskripsikan kepada penderita ED dan masalah yang seangkatan dengannya. Saya tidak memberi nama khusus pada kombinasi "power" ini , cuma dipanggil Biochemic Therapy In Combination.

Mengikut rekod terdapat 15 orang, berumur di antara 39 - 65 tahun, rata-rata mengalami simptom awal kencing manis atau terjadi lebihan "spare tyre" pada tubuh mereka. Kesemuanya adalah perokok tegar (dalam Bahasa Kedah "keteghaq") yang mampu melawan rekod Guinness, mereka mampu menghisap2-3 kotak sehari (sekotak berjumlah 20 batang). Kalau kilang rokok buat statistik atau kajian perokok paling handal pasti mereka akan dapat pingat atau hadiah lumayan.

Bila saya suruh pantang rokok atau kurangkan merokok, "tu yang payah doktot" kata Encik Mat dari Jitra, Kedah. Berumur 41 tahun seorang guru. Isteri berumur 29 tahun (jauh beza tu umur) . Anak baru empat orang, isteri masih teringin baby ye la kan dia masih muda, tetapi abang tercinta .. aduhaii. "Kalau Cik Mat tak boleh stop atau kurangkan rokok, serupa hisap cekelet (gula-gula) je la, rugi duit. Lepaih tu kata la ubat homeopati ni pemohong (pembohong)" saya pun orang Kedah maka minta maaf yer ni versi Bahasa Kedah pula. "Tak pa tak pa doktot pos mai dulu, saya gagah (tahan gian) la tahan, satgi isteri lari pulak hahahhahahahhahaa" dia ketawa dalam sedih.




Selepas itu saya pun kurier kepada Encik Mat, dalam 1 hari bekerja BioMax Plus sampai. Encik Mat SMS saya, "Hari ni saya tahan tak hisap rokok, mengantuk nak mampuih. Bos kata saya hisap ganja ka asyik menguap ja ha ha ha". Tergelak saya sorang-sorang mujur orang tak nampak kalau tidak orang kata saya wayar putus pula kan. Saya pun jawab balik "Tak pa Cik Mat demi nak selamatkan isteri Cik Mat yang comei tu berusahalah he he he". Terus dia jawab "Boleh Boleh Boleh".

Lepas dari hari tu Encik Mat menyepikan diri tidak SMS atau email selama seminggu. Dalam tempoh itu Encik Rajagopal berumur 45 tahun, dari Klang Selangor. Seorang supervisor kilang. Sudah berkahwin dan isteri berumur 41 tahun seorang jururawat dan mempunyai seorang anak perempuan. Encik Raja perokok juga tetapi tidak tegar cuma dia alami obesiti semenjak berkahwin. Sebelum ini Encik Raja telah mengambil Phytolacca Americana dan R79 garlic dan telah mengambil selama 3 bulan tanpa henti. Hasilnya dari 95 kilo, sekarang sudah 80 kilo. Beliau dapat turunkan sebayak 15 kilo, dia masih berusaha untuk mendapat berat ideal 60 kilogram. Masalahnya ialah ED dan kalau boleh bersama pun dia cepat tewas. Saya pun mencadangkan BioMax Plus.


Genap seminggu Encik Mat, SMS saya pada pukul 12.45 tengah malam, "salam, saya Mat ni. Alhamdulilah saya lepas bersama isteri ni, nampak berlain la doktor. Dia jadi geram semacam. wife pun perasan saya tahan lama dari besa (biasa), terima kasih la banyak doktor". Saya baru dok ekjas bantal waktu tu. "Alhamdulilah , terima kasih pada Allah Cik Mat kerana izinkan ubat (remedi) tu berkesan, dah berhenti merokok ka?" Saya jawab dengan soalan cepu emas. "Berenti (berhenti) teruih (terus) dah aih, jimat duit dan power semula ... ha ha ha". Patut la dia boleh menjadi abang hero dalam masa seminggu kerana pantang utama dapat dilaksanakan!.


Encik Rajagopal pula telepon saya, "bos pos lagi dua botol ada diskaun ke? adik saya pun mau la ini ubat (remedi). Saya cerita saya sudah ok, ubat mau berhenti merokok ada ka? kalau ada berapa price?". Saya pun dalam diam-diam ambil sebotol untuk saya sendiri nak tambah power la kata kan.

Siapa la pencipta rokok ni kan , menyusahkan orang betul!!! Selamat Hari Raya Aidil Fitri Pada Semua Umat Islam.


Link : http://homeopathy2u.blogspot.com/search/label/bagaimana%20hendak%20beli%20produk%20di%20online



BioMax Plus - Remedi Untuk Stamina Lelaki

BioMax Plus – Kombinasi Biochemic dan Homeopaty Untuk Masalah Seksual Lelaki


Mengapa Biochemic atau Garam Tisu Dan Homeopathy ?


Homeopathy dan Garam Tisu dianggap sebagai konsep perubatan pelengkap atau komplimentari kepada perubatan yang sedia ada. Ia saling melengkapi bagi memberi impak positif kepada pesakit yang mengharapkan kesihatan mereka kembali pulih.Perubatan sedia ada atau konvensional amat diperlukan untuk menangani penyakit kronik (penyakit yang telah dideritai pada masa yang lama). Homeopathy dan Garam Tisu sering menjadi pilihan kepada pesakit kronik kerana menyedari Homeopathy dan Garam Tisu selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan. Malah remedi Homeopathy dan Garam Tisu boleh diambil bersama-sama ubat-ubatan yang berasaskan drugs (dadah dan kimia).


Perubatan yang menggunakan drugs mengamal konsep suppression atau put to stop (membenam penyakit dam kesakitan) dan amat berguna sewaktu kecemasan yang memerlukan pesakit dirawat dan melegakan serangan penyakit dengan kadar yang pantas. Namun ia membawa bersama-sama kesan sampingan yang tidak diundang.



Sementara Homeopathy dan Garam Tisu percaya kepada “serupa menyembuhkan yang serupa” dan “seseorang itu akan kekal sihat sekiranya seseorang itu mendapat bekalan mineral (12 garam tisu) pada kuantiti yang sepatutnya dan pada ratio (kadar) yang sepatutnya”. Bila ini terjadi sistem pemulihan semulajadi yang terdapat didalam tubuh seseorang itu akan menjadi kuat dan mengawal tubuh seseorang itu dari dijangkiti penyakit.


Di United Kingdom pada tahun 2000 , House of Lords’ Select Committee on Science & Technology telah mengiktifraf Homeopathy termasuk dalam kategori Terapi Kumpulan Satu (Groups One Therapies) yang mempunyai kaedah merawat yang sistematik atau “an individual diagnostic approach” bersama-sama kaedah perubatan osteopathy, chiropractic, herbal medicine dan acupuncture.


12 Garam Tisu ini boleh digabungkan untuk dijadikan remedi atau penawar kepada pelbagai masalah kesihatan, seperti masalah yang sering menjadi igauan lelaki iaitu Erectile Dysfunction dan Pancutan Pra-Matang yang mengakibatkan seseorang lelaki itu merasa hilang kenyakinan diri. Bila mendapat rawatan berkonsepkan drugs komplikasi lain pula menjenguk seperti degupan jantung yang laju, terasa sakit didada, cepat marah akibat tekanan darah yang tinggi akibat jantung dikerah bekerja dengan kapasiti yang tidak sepatutnya malah terdapat kes kematian kerana pengambilan drugs penggalak seksual secara paksaan.


Adakah Biochemic dan Homeopaty Berkesan Untuk Masalah Seksual Lelaki ?


Remedi Biochemic merupakan apa yang terdapat didalam tubuh manusia. Oleh itu ia akan menyerap dengan pantas ke dalam saluran darah dan mengimbangkan setiap mineral yang berkurangan, mineral dan zat yang berkurangan mengakibatkan sistem tubuh mula mengalami kemerosotan dan terjadilah ED, pancutan pra-matang, penis menjadi sejuk, penis seolah mengecil dan tiada nafsu terhadap seks. Untuk menambah keberkesanan BioMax Plus kombinasi remedi Homeopathy yang popular untuk menangani masalah seksual terutama ED dan pancutan pra-matang digabung bersama-sama untuk memberi impak yang lebih cepat.


Apakah Remedi Gabungan Tersebut ?


BioMax Plus mengandungi 5 gabungan utama Biohemic iaitu Kalsium, Sodium, Potassium, Magnesium, Iron atau Ferrum dan Silicea dan digabungkan dengan remedi homeopathy tersohor yang sering digunakan untuk masalah seksual seperti Agnus Cactus, Conium dan Selenium.

Gabungan diatas merupakan keperluan untuk sistem tubuh kembali sihat dengan secara semulajadi dan bukan berbentuk paksaan atau artificial (keadaan yang kununnya sihat tetapi tidak)


Bagaimana Cara Pengambilannya ?


Remedi Homeopathy dan Biochemic adalah amat selamat dan boleh diambil seberapa kerap yang dikehendaki, tetapi bagi kes-kes biasa adalah seperti berikut;

4 biji dikemam / dihisap sewaktu perut kosong 3 – 6 (maksimum) kali sehari.

Jika keadaan seseorang itu agak kronik ia boleh diambil setiap 5-30 minit dan pastikan perut kosong.


Bagi kes ED dan masalah seksual adalah digalakkan mengambil sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan boleh ditambah hingga 6 kali sehari.


Adakah Pantang Larang ?


Secara amnya setiap orang yang mengetahui konsep perubatan Homeopathy dan Biochemic pasti terdapat pantang-pantangnya, ia adalah untuk mendapat kesan yang baik dan menyeluruh sekiranya anda mampu berpantang demi kesihatan anda.

Paling utama anda perlu mengurangkan atau berhenti merokok bagi mendapat kesan yang pantas, kerana kajian menunjukkan masalah seksual sering melibatkan perokok, tidak boleh masturbasi, kurangkan pengambilan kafein dan air soda (gas) dan alkohol.

Anda ialah apa yang anda makan dan minum , itulah konsep Homeopathy dan Biochemic.


Harga termasuk penghantaran : RM90 , Sila hubungi sales@solaris-marketing.com untuk harga promosi terhad.


Link : http://homeopathy2u.blogspot.com/search/label/bagaimana%20hendak%20beli%20produk%20di%20online