Thursday, September 10, 2009

Testimoni BioMax Plus - apa kata mereka....?

Testimoni BioMax Plus

Beberapa bulan yang lepas sebelum BioMax Plus belum diberi nama, BioMax Plus telah dipreskripsikan kepada penderita ED dan masalah yang seangkatan dengannya. Saya tidak memberi nama khusus pada kombinasi "power" ini , cuma dipanggil Biochemic Therapy In Combination.

Mengikut rekod terdapat 15 orang, berumur di antara 39 - 65 tahun, rata-rata mengalami simptom awal kencing manis atau terjadi lebihan "spare tyre" pada tubuh mereka. Kesemuanya adalah perokok tegar (dalam Bahasa Kedah "keteghaq") yang mampu melawan rekod Guinness, mereka mampu menghisap2-3 kotak sehari (sekotak berjumlah 20 batang). Kalau kilang rokok buat statistik atau kajian perokok paling handal pasti mereka akan dapat pingat atau hadiah lumayan.

Bila saya suruh pantang rokok atau kurangkan merokok, "tu yang payah doktot" kata Encik Mat dari Jitra, Kedah. Berumur 41 tahun seorang guru. Isteri berumur 29 tahun (jauh beza tu umur) . Anak baru empat orang, isteri masih teringin baby ye la kan dia masih muda, tetapi abang tercinta .. aduhaii. "Kalau Cik Mat tak boleh stop atau kurangkan rokok, serupa hisap cekelet (gula-gula) je la, rugi duit. Lepaih tu kata la ubat homeopati ni pemohong (pembohong)" saya pun orang Kedah maka minta maaf yer ni versi Bahasa Kedah pula. "Tak pa tak pa doktot pos mai dulu, saya gagah (tahan gian) la tahan, satgi isteri lari pulak hahahhahahahhahaa" dia ketawa dalam sedih.




Selepas itu saya pun kurier kepada Encik Mat, dalam 1 hari bekerja BioMax Plus sampai. Encik Mat SMS saya, "Hari ni saya tahan tak hisap rokok, mengantuk nak mampuih. Bos kata saya hisap ganja ka asyik menguap ja ha ha ha". Tergelak saya sorang-sorang mujur orang tak nampak kalau tidak orang kata saya wayar putus pula kan. Saya pun jawab balik "Tak pa Cik Mat demi nak selamatkan isteri Cik Mat yang comei tu berusahalah he he he". Terus dia jawab "Boleh Boleh Boleh".

Lepas dari hari tu Encik Mat menyepikan diri tidak SMS atau email selama seminggu. Dalam tempoh itu Encik Rajagopal berumur 45 tahun, dari Klang Selangor. Seorang supervisor kilang. Sudah berkahwin dan isteri berumur 41 tahun seorang jururawat dan mempunyai seorang anak perempuan. Encik Raja perokok juga tetapi tidak tegar cuma dia alami obesiti semenjak berkahwin. Sebelum ini Encik Raja telah mengambil Phytolacca Americana dan R79 garlic dan telah mengambil selama 3 bulan tanpa henti. Hasilnya dari 95 kilo, sekarang sudah 80 kilo. Beliau dapat turunkan sebayak 15 kilo, dia masih berusaha untuk mendapat berat ideal 60 kilogram. Masalahnya ialah ED dan kalau boleh bersama pun dia cepat tewas. Saya pun mencadangkan BioMax Plus.


Genap seminggu Encik Mat, SMS saya pada pukul 12.45 tengah malam, "salam, saya Mat ni. Alhamdulilah saya lepas bersama isteri ni, nampak berlain la doktor. Dia jadi geram semacam. wife pun perasan saya tahan lama dari besa (biasa), terima kasih la banyak doktor". Saya baru dok ekjas bantal waktu tu. "Alhamdulilah , terima kasih pada Allah Cik Mat kerana izinkan ubat (remedi) tu berkesan, dah berhenti merokok ka?" Saya jawab dengan soalan cepu emas. "Berenti (berhenti) teruih (terus) dah aih, jimat duit dan power semula ... ha ha ha". Patut la dia boleh menjadi abang hero dalam masa seminggu kerana pantang utama dapat dilaksanakan!.


Encik Rajagopal pula telepon saya, "bos pos lagi dua botol ada diskaun ke? adik saya pun mau la ini ubat (remedi). Saya cerita saya sudah ok, ubat mau berhenti merokok ada ka? kalau ada berapa price?". Saya pun dalam diam-diam ambil sebotol untuk saya sendiri nak tambah power la kata kan.

Siapa la pencipta rokok ni kan , menyusahkan orang betul!!! Selamat Hari Raya Aidil Fitri Pada Semua Umat Islam.


Link : http://homeopathy2u.blogspot.com/search/label/bagaimana%20hendak%20beli%20produk%20di%20online



No comments:

Post a Comment

Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com