Friday, April 29, 2011

Sabun CCS Kehabisan Stok!

Assalamualaikum wbt ..selamat hari Jumaat. Moga-moga anda semua sentiasa ceria, sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta di hari minggu.

Arakian adanya..eh sastera pula bahasa saya kali ni hehe.. nak maklumkan pada pembeli, bakal pembeli dan yang sudah order , sabun CCS (Carmino complexion soap) telah kehabisan stok dan setelah mendapat info dari pegilang yang nun jauh di India... sambil dia mengunyah sirih dia memberitahu yang stok CCS akan sampai lebih kurang 2 minggu lagi .... adoyaii biasalakan jauh kene merentas Lautan Hindi , Lautan Pasifik serta menempuh lanun-lanun dan juga ombak mengganas, perjalanan di lautan yang luas saujana memandang memang mencabar, sehinggalah sampai ke Selat Melaka mengambil masa lebih kurang 14 hari. Mencabarkan perjalanan sabun CCS ni. Hairan saya kenapa la pengilang ni tak guna kapalterbang je kan?

Dijangka akan tiba di Malaysia pada 15 Mei 2010..

Tetapi jangan risau dan gundah gulana, sabun Merrygold dan yang terbaru Bio-T3 Deep Cleanser boleh mengganti tugas CCS. Kesan Merrygold pun sama hebat dengan CCS, bahan-bahan Merrygold pun tidak banyak bezanya dengan CCS jadi saya sarankan anda ambil Merrygold but masa ini ... ATAU

Bio-T3 Deep Cleanser pun hebat dengan bahan-bahan yang "power" untuk kulit muka seperti Aloe Vera, Calendula, Echinacea, Kolagen dan lain-lain. Sila lihat formula Bio-T3 Deep Cleanser;

99% of AQUA and MILK and 1% in equal portion of CALENDULLA Q, ECHINACEA Q, (and) HUMULUD LUPULUS (HOPS) EXTRACT (and) CUCUMIS SATIVUS (CUCUMBER) EXTRACT (and) ALOE BARBADENSIS LEAF EXTRACT (and) SAPONARIA OFFICINALIS EXTRACT (and) CHAMOMIL RECUTITA (MATRICARIA) EXTRACT (and) ELASTIN (and) COLLAGEN (and), TEA TREE OIL, LAVENDER AUGUSTIFOLIA (LAVENDER) OIL.

Jadi saya rasa anda tidak akan merindui CCS buat sementara waktu ini kan....

Sunday, April 24, 2011

Set Jerawat Power Sudah Ready



Bio-T3 Skin Forte Homeopathic & Organic Acne and Scar Solution sudah boleh dipesan

Set merawat jerawat dan parut, yang "power" sudah berada di pasaran. Buat masa ini hanya boleh dipesan melalui homeopathy2u dan kedai online zuzila ( dan web-web yang berkaitan sahaja) sahaja secara ekslusif di talian (online).

Mengapa Bio-T3 Skin Forte "Power"?

Sebelum dilancarkan, Bio-T3 Skin Forte sudah pun mula dibeli sebagai trial kepada produk ini. Kesan penyembuhan akan terjadi bermula 3-5 hari bagi jerawat yang tidak terlalu kronik. Bagi jerawat kronik Bio-T3 Skin Forte akan menunjukan kesan bermula pada minggu pertama. Jerawat yang besar, bernanah dan gatal akan mula kecut dan beransur kering dan hilang pada minggu ke 3. Bio-T3 Skin Forte Acne Natural Cream bukan hanya bertindak sebagai penyembuh jerawat, ia juga bertindak sebagai penghapus parut baru dan menjadikan kulit yang kelihatan teruk menjadi licin dan gebu semula. Bio-T3 Skin Forte Acne Natural Cream juga boleh digunakan sebagai cleanser, caranya sapu ke seluruh muka dan biarkan selama beberapa minit supaya krim menyerap ke dalam kulit untuk memberi kelegaan dan mencuci pori-pori yang tersumbat. Guna kapas untuk menyapu dan membersih dan bilas dengan air bersih. Cara ini sesuai digunakan oleh kes jerawat yang agak teruk.

Selain dari Bio-T3 Skin Forte Acne Natural Cream, set ini mempunyai Bio-T3 Skin Forte Lift On Gel yang akan bertindak mengawal, membunuh bakteria Propionibacterium acnes yang menjadi punca jerawat menjadi melarat dan bernanah dan gatal. Tea Tree Oil yang terdapat didalam Bio-T3 Skin Forte Lift On Gel menjadi pemusnah utama kepada Propionibacterium acnes dan pada waktu yang sama Aloe Vera melembabkan kulit. Bio-T3 Skin Forte Lift On Gel memberi kelegaan kepada inflamasi jerawat yang sedang merebak serta gatal.

Sebelum

Selepas 3 hari

Gambar yang diperolehi dari pengguna yang sudi menyumbang



Bio-T3 Skin Forte Deep Cleanser pula akan membantu, mencuci dan membersih pori-pori yang tersumbat, membuang daki dan minyak akibat sebum yang melepaskan minyak tanpa kawalan akibat hormon yang tidak seimbang. Aksi "trio" ini amat seimbang merawat, melembabkan, melegakan dan mencantikan wajah dengan lembut dan selamat dengan bahan-bahan yang lembut dan 100% dari bahan homeobotanical dan tidak ada bahan-bahan berunsur haiwan, bebas dari Benzoyl peroxide dan Hydroquinone.

Harga promosi RM150 untuk 1 set (Harga sebenar RM200), penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia. Cara memesan klik sini


Cara penggunaannya akan disertakan bersama-sama set Bio-T3 Skin Forte

Friday, April 15, 2011

8 Remedi Homeopathy Untuk Wanita


8 jenis aje ke doc? , tentu itulah soalan pertama yang bermain difikiran para wanita semua.. relak-relak habiskan membaca dulu baru buat soalan ok..:). Walaupun saya bukan Pakar Sakit Puan, 99% pesakit saya adalah wanita. Cuba lihat senarai masalah kesihatan yang amat unik, hanya wanita sahaja yang mengalaminya ... kalau ada lelaki yang mengadu mengalami masalah seperti senarai ini, dia adalah dikategori geng "anu dalam botol"..

  1. PMS
  2. Senggugut (cramps)
  3. Infeksi di vagina dan pundi (vaginitis & bladder)
  4. Keputihan (leukorrhea)
  5. Fibroid
  6. Cyst
  7. Masalah payudara sama ada kanser atau ketulan
Kalau nak buat list memang tak habis kan.. anda sebagai wanita lebih arif dari saya rasanya..kan kan. Dari pengalaman saya dan rakan-rakan pengamal homeopathy, kami amat berminat untuk merawat wanita ..eh maaf kaum lelaki, saya bukan memilih kasih atau double standard. Kaum lelaki biasanya agak tegar dan kebal, bukan remedi homeopathy tidak bagus untuk lelaki tetapi kerana gaya kehidupan lelaki amat berbeza dari wanita, dari segi pemakanan dan habit.


Memandangkan wanita mempunyai gaya hidup yang lebih lembut berbanding lelaki. Remedi homeopathy amat berkesan untuk wanita dan pantas merawat pelbagai masalah wanita. Tetapi mungkin fakta saya ini tidak benar.. kenapa saya cakap begitu?. Jawapannya ialah lelaki tidak kisah sangat pasal kesihatan dan kerap kali dah sampai tahap kronik barulah mencari ubatnya dan kerap kali kes-kes yang melibatkan lelaki adalah diperingkat super chronic.. ubat kuat macam mana pun nampak tidak berkesan kan..betul tak ?


Berbalik kepada 8 remedi untuk wanita, 8 remedi ialah ;

  • Belladonna - Kesakitan sewaktu haid, PMS dan kepenatan
  • Chamomilla - Kesakitan sewaktu haid, PMS dan perasaan tidak menentu, cepat marah
  • Cantharis - Infeksi di pundi kencing
  • Sepia - Masalah jangkitan di vagina hingga menyebabkan anda sukar membuang air kecil walaupun keinginan ada (vaginitis)
  • Lachesis - Simptom menopaus termasuk rasa panas menyerbu ke muka (hot flashes)
  • Cimicifuga Racemosa - Simptom menopaus termasuk cepat marah dan tidak bermaya
  • Nux Vomica - Rasa teruk, tidak bermaya di waktu pagi (morning sickness)
  • Pulsatilla - Masalah haid yang tidak teratur
Kesemua remedi ini amat berkesan untuk melegakan simptom-simptom ringan seperti yang dinyatakan. Boleh diambil sebagai remedi tunggal (hanya 1 remedi dalam 1 masa atau single remedy) atau secara kombinasi atau combo (lebih dari 1 remedi dalam 1 masa)


Boleh diamalkan sebelum kitaran haid sebagai persediaan mengurangkan simptom-simptom yang menjadikan anda takut setiap kali kitaran haid. Paling penting remedi-remedi ini tidak akan menganggu sistem reproduktif, tidak meninggal kesan-kesan sampingan dan ketagihan.


Biasanya pesakit tetap saya akan SMS atau email "doc macam biasa stok dah habis, dah transfer"... Jika simptom masih tidak berkurangan, bukan hanya 8 remedi sahaja yang boleh diberi tetapi banyak lagi remedi. Jadi janganlah malu-malu untuk berjumpa dengan doktor homeopathy yang berhampiran anda...Insya Allah ada remedinya untuk anda ceria walaupun ketika anda sedang menstruasi.

Tuesday, April 12, 2011

Remedi Untuk Warga Emas - SixtyPlus - Balance Disorder



Balance Disorder – Mak selalu nak terjatuh bila berjalan!

Bila umur meningkat biasanya bila melepasi umur 60 ke atas, balance disorder atau dalam bahasa Malaysia gangguan keseimbangan, akan menjadi gejala yang membantut segala aktiviti warga emas. Seringkali di diagnos sebagai vertigo (pandangan akan nampak berpusing-pusing) dan kerap kali doktor akan tersalah diagnos dengan memberi ubat-ubatan yang mempunyai kesan yang dilapurkan boleh menjadikan tulang warga emas semakin rapuh. Ia amat berisiko tinggi, kerana warga emas yang mengalami balance disorder akan berkemungkinan besar akan terjatuh dan mengalami kecederaan akibat terjatuh seperti kerap kali terjadi kepada warga emas seperti kecederaan di tulang rusuk.

Bagaimana balance disorder terjadi?

Secara ringkasnya setiap gangguan di labyrinth iaitu di dalam telinga, gangguan di otak, gangguan di saluran darah (vascular) atau sistem saraf dan juga akibat pengambilan ubat-ubatan konvensional seperti ubat untuk mengawal darah tinggi.

Umur berisiko untuk mendapat balance disorder ialah 60 tahun ke atas, tetapi terdapat juga kes-kes pesakit yang berumur di bawah 60 tahun

Simptom balance disorder

  • Pening atau vertigo iaitu pandangan akan terjadi berpusing-pusing
  • Seringkali terjatuh atau perasaan tidak stabil dan rasa ingin terjatuh
  • Kepala terasa kosong, perasaan seolah ingin pitam dan terasa tubuh melayang-melayang
  • Perasaan yang keliru dan tidak terurus.


Remedi Homeopathy

Hasil dari kajian para saintis homeopathy dan bukan homeopathy telah mengiktraf beberapa remedi yang amat berkesan untuk merawat balance disorder seperti Lycopodium, Conium, Cocculus dan lain-lain. SixtyPlus – Balance Disorder ialah hasil dari kajian yang telah di “proving” amat berkesan untuk merawat atau menjadi supplemen kesihatan. Tambahan pula remedi homeopathy tidak dilapurkan akan terjadi sebarang kesan sampingan.

SixtyPlus – Balance Disorder disediakan dengan tablet tanpa gula untuk memudahkan warga emas yang mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. SixtyPlus – Balance Disorder mempunyai 2 kategori iaitu masalah balance disorder yang ringan akan mengambil SixtyPlus 30 – Balance Disorder dan masalah balance disorder yang kronik dicadangkan mengambil SixtyPlus 200 – Balance Disorder. 30 dan 200 mewakili 2 potensi kekuatan remedy yang disediakan.

Kuantiti dan Dos

Disediakan didalam botol 80gram, di anggarkan terdapat 320-350 biji setiap botol.

Dos : SixtyPlus 30 – Balance Disorder, 4 biji dikemam 30 minit sebelum makan 3-4 kali sehari, sementara SixtyPlus 200 – Balance Disorder, 4 biji dikemam 30 minit sebelum makan 3 kali sehari, selepas symptom berkurangan dos perlu dikurangkan kepada 1 kali sehari dan 1 minggu sekali mengikut nasihat pengamal homeopathy.

Harga dan penghantaran

SixtyPlus 30 – Balance Disorder berharga RM80 dan SixtyPlus 200 – Balance Disorder berharga RM90. Penghantaran adalah percuma.

Jika ibu atau ayah anda mengalami balance disorder, pesanlah 1 untuk ibu dan ayah anda sekarang. Cara memesan

Wednesday, April 6, 2011

Bio-T3 Skin Forte - Set Menghapus Jerawat

Harga Promosi : RM150 (Harga sebenar RM200), penghantaran adalah percuma

Sebelum

Selepas 3 hari

Di Shoutmix, Facebook dan email, ayat terakhir yang sering ditulis ialah "tolong saya doc". Insya Allah saya akan berusaha untuk membantu dengan membuat research dan percubaan kepada beberapa orang sukarelawan yang sudi mencuba di muka mereka dengan produk terbaru (bukan tikus makmal tau). Saya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu anda semua.. hasilnya akan dilancarkan Bio-T3 Skin Forte (asalnya Bio-TT3).

Bio-T3 Skin Forte sudah siap diformulasi dan dicuba kepada beberapa orang sukarelawan. Masalahnya amat sukar untuk mendapat gambar sebelum dan selepas, saya hanya mampu mendapat 1 gambar sahaja (seperti gambar di atas). Keputusan menunjukkan paling pantas 3 hari jerawat akan kecut bila menggunakan Bio-T3 Skin Forte - Acne Spot Treatment, Acne Lift On Gel dan Deep Cleanser yang berasakan Tea Tree Oil.


Sudah boleh memesan Bio-T3 Skin Forte - Set Menghapus Jerawat Harga Promosi : (Harga sebenar RM200), penghantaran adalah percuma, Link
nak pesan klik sini

Formula Bio-T3 Skin Forte adalah berasaskan remedi homeopathy dan bahan organic yang selamat dan lembut. Tea Tree Oil. Mengguna ekstrak bunga-bungaan seperti Calendula, Echinacea, timun, Chamomila dan lain-lain , kolagen dan minyak pati yang hebat seperti Sandalwood dan Lavender.

"Walaupun produk ini belum siap labelnya, Bio-T3 Skin Forte telah dipesan dan digunakan apabila saya mencadangkan kepada pembeli. Maklum balas amat menggalakkan dengan kesan yang pantas dan lembut. Label dan packaging dijangka siap dalam tempoh 2 minggu atau lebih, saya menjangka pada awal bulan Mei semuanya akan siap untuk anda membelinya ......"

Sudah boleh memesan Bio-T3 Skin Forte - Set Menghapus Jerawat Harga Promosi : RM150 (Harga sebenar RM200), penghantaran adalah percuma. Nak pesan klik sini