Wednesday, September 30, 2009

Jerawat Naik Makin Banyak ... Tolonggggg Doc!!!

Mujur jeritan tersebut hanya di dalam YM , kalau di hadapan klinik aduss mau pengsan saya :), bila browsing mengenai jerawat, saya sering terbaca komen-komen kesedihan di blog-blog yang menggunakan produk atau remedi homeopathy, mereka ingin cepat dan ingin muka kembali gebu, mulus dan licin tapi secara tiba-tiba mereka berhadapan dengan outbreak (letusan jerawat atau tindak balas remedi). Tidak kurang juga yang email, YM dan di Shout Mix blog-blog termasuk blog ini dengan nada marah menempelak "apa ni doc".

Soalan saya mudah sahaja , anda mahu kanser kulit atau outbreak di muka anda?. Pilih salah satu dan hadapi masa hadapan nanti dengan dua kemungkinan, samada kulit anda akan menjadi kanser atau benar-benar bersih dari kesan-kesan sel-sel tidak sihat di bawah kulit. Mana satu pilihan anda?.

Ramai yang bertanya apa kaitannya dengan outbreak?. Rata-rata yang mengguna produk seperti BC01 dan BC04 merupakan kes-kes kronik (lama), setelah bertahun-tahun mengguna produk seperti krim pembasmi jerawat yang sering diiklankan dari pelbagai jenama di pasaran dan kesemuanya menjanjikan jerawat akan hilang dalam masa yang singkat , dan terbukti dakwaan mereka itu benar!. Maka larislah produk itu, tetapi setelah umur menginjak dewasa masalah jerawat semakin menjadi-jadi, tidak pernah reda malah telah mencuba pelbagai produk namun kesemuanya produk-produk itu berkonsepkan membenam jerawat kedalam kulit, ok sekejab dan akan timbul semula jerawat "degil" tersebut.

Kalau di nisbahkan mengikut feedback yang saya dapat, kes tanpa outbreak adalah jauh lebih tinggi dengan nisbah 10:4. mereka terus sembuh tanpa terjadi healing crisis atau outbreak. Ada juga yang langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan, ini berkemungkinan cara pengambilan, pantang-pantang atau ketidakserasian pada remedi tersebut menjadi faktor kekebalan mereka pada remedi. Setiap ubat atau remedi, keserasian adalah faktor yang amat penting. Homeopathy amat menekankan konsep keserasian pada setiap kes preskripsi individu.

Mengapa remedi homeopathy membongkar jerawat tersebut ?.

Homeopathy berkonsepkan "menghapuskan penyakit tetapi BUKAN menghapuskan simptom (contoh jerawat)", bermaksud remedi homeopathy menghapuskan penyebab kepada penyakit (contoh jerawat) bukan menghilangkan buat sementara (palliate) simptom tersebut.

*nota :

  • Simptom- contoh jerawat yang tumbuh di muka
  • Penyakit - penyebab kepada terjadinya jerawat di muka, seperti jerawat tersebut berpunca dari resdung, darah yang kotor, alahan dan pelbagai sebab.
Setiap penyakit terjadi pastinya ada penyebabnya, oleh itu penyebab kepada sesuatu masalah penyakit itu perlu di bongkar untuk merawatnya. Homeopathy percaya bila simptom terjadi, seperti outbreak apabila mengambil remedi ia adalah tanda kesan positif kepada penyembuhan. Biasanya perubatan moden atau disebut alopathy membuang simptom atau meredakan, membenam simptom itu seperti krim-krim yang membenam jerawat kedalam kulit dan melegakan buat sementara waktu kepada masalah jerawat tersebut dan akan berulang bila tiba masa nya seperti bom jangka.

Langkah dan remedi susulan

Adalah dicadangkan untuk meneruskan remedi sedia ada dan mengambil remedi susulan. Selepas mengambil BC01 dan BC04 kini terdapat pelbagai produk susulan yang boleh diambil seperti Aquifolium drops, Aquifolium cream, Soundarya cream, Witch Hazel cream, R53, Detox & Blood Purifier Ech-Q, Carmino cream, Merrygold soap dan remedi secara single bagi setiap kategori karekter seseorang itu.

Mengikut rekod kes-kes outbreak, remedi atau produk yang amat berjaya meredakan outbreak ialah 3 trio Aquifolium drops dan krim serta Detox & Blood Purifier Ech-Q. Saya juga mencadangkan Witch Hazel cream digunakan sebagai "sunblock" dan selepas jerawat-jerawat surut, Soundarya cream boleh membantu mempercepatkan memudarkan parut serta mencerahkan kulit muka.

Pemakanan juga perlu diawasi, hindarkan diri atau mengambil dengan kuantiti yang sedikit bila mengambil makanan yang resipinya seperti kacang tanah, belacan, budu tempoyak dan makanan yang berlemak

Salah satu testimonial yang saya ambil dari blog sahabat saya :



Untuk mendapat view yang lebih terang sila click pada pada testimonial untuk ke window lain di browser. Ceria-ceria selalu!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com