Isi kandungan blog ini adalah berpandukan MATERIA MEDICA HOMEOPATHY yang digunakan di seluruh dunia oleh Pengamal Homeopathy sebagai rujukan.
Thursday, January 21, 2010
Cantik Macam Siti Nurhaliza Tapi Berjerawat
Awal bulan November 2009 seorang gadis berumur 23 tahun, telah sms dan ingin berjumpa dengan saya mengenai masalah mukanya yang berjerawat, bernanah, berbau dan berminyak. Dalam beberapa jam gadis tersebut dengan nekadnya memandu keseorangan telah tiba untuk berjumpa saya dari Gemas, Negeri Sembilan. Hajat beliau hanya satu yakni ingin cantik seperti Dato’ Siti Nurhaliza. Hermm … berdebar-debar juga saya bila mendengar cita-cita gadis tersebut.
Dia tiba dengan senyuman yang seakan-akan “senyum tapi tak habis” , risau la gamaknya dengan keadaan mukanya, potongan badannya memang sudah “tip-top” macam Siti Nurhaliza sewaktu anak dara, kulitnya memang putih bersih dan yang penting dagunya pun berlubang macam Dato’ Siti!. Cantik sangat ke Siti Nurhaliza tu? Secara peribadi saya akui Siti Nurhaliza sememangnya seorang yang cantik, tetapi saya lebih meminati gaya penampilan sopannya, gayanya itu membuatkan beliau menjadi lebih cantik dan menawan. Tidak seperti artis-artis baru yang sedang naik atau yang sedang turun pun berlambak yang cantik-cantik. Cantik tapi hodoh kerana penampilan mereka dengan gaya “kain tak cukup” membuat saya merasa amat meluat , manakan tidak mereka bergaya ala-ala Hollywood tetapi nama didaftarkan dalam kad pengenalan dan agama adalah Islam, “lu fikir la sendiri” bak kata Nabil, juara Raja Lawak. Eh… terlebih komen pula saya.
Saya namakan gadis ini CT (kebetulan nama depannya SITI juga), berikut ialah indikasi hasil dari soal jawab dan pemerhatian saya dengan CT.
• Pada amnya jerawat CT berbentuk besar dan bulat , terdapat jerawat yang merah dan bernanah serta berbau. Kulit mukanya kelihatan tidak sihat dan berminyak. Jerawat CT seakan-akan eczema.
• Kulit mukanya sensitive pada sejuk dan sentuhan
• Bersin dan hidung berair bila terdedah kepada cuaca sejuk
• Masalah penghadaman , najis yang berbau busuk
• Makin melarat bila menggunakan aplikasi yang dingin seperti krim yang berasaskan mint
• Pernah ada masalah telinga yang bernanah
• Jerawat yang lambat untuk sembuh
• Mental yang tidak stabil dan suka berfikir-fikir yang bukan-bukan
• Kerap sakit tekak dan batuk-batuk
• Telah mengguna pelbagai produk kosmetik dan membuat pelbagai rawatan facial namun semua hasilnya tidak berjaya.
Indikasi yang CT tunjukkan menjurus kepada satu remedi homeopati iaitu , Hepar Sulphur Calcarea (HSC). Pada kes-kes yang sebelum ini saya telah preskripsikan secara holistic kepada pesakit yang berjerawat dan eczema dan amat sukses.
HSC pada potensi yang tinggi akan mempercepatkan proses penyembuhan , memberhentikan proses bernanah dengan kadar yang amat pantas. Oleh itu saya namakan preskripsi ini sebagai HSC200.
CT pulang dengan HSC200 didalam bentuk tablet manis sukrosa dengan harapan yang menggunung untuk memulihkan mukanya yang boleh kategorikan sebagai “beyond repair”.
Dalam masa 2 minggu dengan izin-Nya , nanah dan bau yang tidak enak telah mula kering dan hilang, disamping itu juga CT menggunakan Aquifolium cream sebagai “night cream” dan sabun Merrygold sebagai pencuci muka. CT telah “stop” menggunakan produk kosmetik. Kini CT sudah boleh senyum melebar tanpa dipaksa sewaktu perjumpaan kali kedua pada 15 Januari lepas. CT kini lebih cantik dari Dato’ Siti Nurhaliza!, kenapa saya kata begitu?. Kerana CT lebih muda dari Dato’ Siti yang sudah 30an (jangan marah ye Dato’ Siti Nurhaliza, Selamat Hari Jadi)
Malangnya CT tidak izinkan saya untuk memaparkan wajah beliau sewaktu sebelum dan selepas mukanya menjadi gebu bak telur dikupas adanya.Pemalu sangat orangnya, ala-ala wanita Melayu terakhir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com