Setiap hari anak saya yang berumur 5 tahun akan mengadap televisyen, sudah semestinya Cartoon Channels. Superhero idolanya adalah Ultraman yang namanya bermacam-macam ada!. Zaman saya kecil-kecil dulu pun sekitar pertengahan 70an dan 80an, seingat saya hanya ada 2-3 ekor species Ultraman sahaja, tetapi kini Ultraman semakin subur dan membiak dengan banyaknya, nak kata “ramai” ke banyak ? sebab Ultraman ni nak kata orang pun tidak, robot pun tidak dan jin pun tidak. Kata anak saya dia alien. Pendatang tanpa izin pun orang kata alien juga kan!. Jadi nak kata apa ni?
Sudah pastinya Ultraman akan berkungfu atau berkarate dengan raksaksa yang menyerang bumi sehingga lampu “power” didadanya berkelip-kelip barulah dia sibuk nak “memfire” raksaksa yang amat ganas lagi handal berbanding Ultraman sewaktu bertarung. Apa yang peliknya, kenapa Ultraman mesti tunggu sampai “power” nak habis baru nak tembak cahaya “ultra” untuk memusnahkan raksaksa? Sehinggakan perlu bantuan Ultraman-Ultraman lain atau kawan-kawan satu “office” Ultraman sebelum "bertukar" untuk memusnahkan raksaksa?. Sehingga satu bandaraya musnah sebab Ultraman asyik berkungfu dengan raksaksa, kan lebih mudah kalau dia “bertukar” je terus tembak cahaya ultra, senang meletup matilah raksaksa tu, selamatlah nyawa dan harta benda dari kemusnahan. Betul ke tidak?
“Dik Ultraman ni kene makan IQ & EQ BOOSTER lah dik, sebab dia bodo sangat kan..” Saya saja-saja sakat anak saya yang tengah kusyuk melihat idolanya sambil meniru-niru aksi karate Ultraman. “ Dia besar sangat la Ba , pil IQ & EQ BOOSTER kan kecik..Ultraman kan besarrr mana cukup 4 biji je Ba , sebab tu dia lemah tu” Secara spontan saya gelak sakan mendengar hujah anak saya membela hero kesayangannya. Logik juga kan….
Saya pun berhujah balik. “Kenapa dia perlu lawan-lawan sampai rosak semua bangunan , kan senang kalau dia terus tembak je raksaksa tu habis cerita, adik tengoklah semua dah rosak. Mesti orang pun mati kan. Ultraman adalah hero yang lembab dan bodoh dik!!”.
Dia diam berfikir sejenak “ Kalau macam tu Ba pos lah IQ & EQ BOOSTER dekat Ultraman, mesti dia lebih pandai kan lepas ni Ba”. Lagi sekali saya gelak sakan mendengar idea anak saya yang berumur 5 tahun 1 bulan ini. “Mana alamat dan nombor telefon dia dik?” Dia jawab pendek je “Ba tepon la Astro Tanya, apa la Baba ni pun kene makan IQ & EQ BOOSTER ni”. Terkena saya!!
Moral of the story, makanlah IQ & EQ BOOSTER kalau tidak anda akan jadi seperti Ultraman … hehe jangan marah..gurau-gurau di akhir Syawal.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com