Biasanya hari Ahad saya hanya bermalas-malas di rumah sahaja jika tidak ada temujanji, tetapi kali ini isteri saya mengajak untuk "shopping" ikan di Pasar Borong Bandar Seri Kembangan atau Puchong. Saya memang tidak gemar ke pasar kerana pasar di Malaysia adalah tempat paling lecak , kotor dan pastinya baju yang dipakai akan berbau paling tengik bila selesai membeli belah tambahan bau yang cukup menyucuk lubang hidung dan pekerja-pekerja "oversea" pun ramai, kadang-kadang dia seolah-olah "toke" atau memang di "toke", berkemungkinan tapak tersebut di "ali baba" kan... tak serik-serik orang kita ni kan!!. Pasar di "oversea" terutama negara maju anda boleh berbaring dilantai pasarnya tetapi di Malaysia jika anda berbaring di lantai itu bermakna anda sudah tergolek di lantai yang basah lagi licin!!.
Konsep pasar moden telah diperkenalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (contoh Pasar Moden Gombak), tetapi bila pasar itu bersih dan tidak lecak, ia tidak mendapat sambutan pula. Ini berkemungkinan lokasi pasar itu juga yang tidak berada di lokasi yang sepatutnya atau pembeli khuatir harga barangan akan melambung tinggi.." tempat cantik pasti mahal ", itu persepsi awal orang ramai, pastinya itu kerja DBKL dan badan-badan berkaitan untuk memberi info kepada orang awam. Pasar yang bersih juga mencerminkan budaya orang Malaysia yang bertaraf dunia dan salah satu langkah ke arah negara Malaysia yang maju pada 2020 bukan hanya sekadar berpendapatan tinggi sahaja.
Konsep pasar moden telah diperkenalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (contoh Pasar Moden Gombak), tetapi bila pasar itu bersih dan tidak lecak, ia tidak mendapat sambutan pula. Ini berkemungkinan lokasi pasar itu juga yang tidak berada di lokasi yang sepatutnya atau pembeli khuatir harga barangan akan melambung tinggi.." tempat cantik pasti mahal ", itu persepsi awal orang ramai, pastinya itu kerja DBKL dan badan-badan berkaitan untuk memberi info kepada orang awam. Pasar yang bersih juga mencerminkan budaya orang Malaysia yang bertaraf dunia dan salah satu langkah ke arah negara Malaysia yang maju pada 2020 bukan hanya sekadar berpendapatan tinggi sahaja.
Apakan daya suka atau tidak, saya gagahi juga melangkah ke pasar setelah diperli oleh isteri saya "makan tak malas yer .. nak ke pasar malas isk isk". Di pasar yang serba lecak itu juga saya direnung dari jauh oleh sepasang mata yang cantik yang dipunyai oleh tuannya yang juga cantik menawan. "Alamak siapa la pula yang main tenung-tenung ni?" saya berfikir sendirian tapi jeling-jeling juga kearah wanita tersebut. Wanita itu tersenyum manis sambil menuju terus ke arah saya.
"Assalamualaikum, ini DrCool yang doktor didalam blog tu kan?" sapa wanita cantik tadi , "owhh peminat rupanya" hati saya mula berbunga-bunga. "Ya saya, awak ni siapa?" saya bertanya sopan, isteri saya sedang sibuk memilih ikan.. tidak sedar saya sedang berbual-bual dengan wanita cantik tersebut, kalau dia nampak mahu dia jeling "power" ..sayang suami la katakan hehe....
"Doktor tak kenal saya ..tapi saya cam gambar doktor didalam blog" wanita cantik itu meneruskan perbualan dengan sopan. "Saya Rina dah hampir 4-5 kali saya "order" dengan doktor, sms atau email je, Alhamdulilah saya guna krim Carmino, Carmino Complexion Cream, Carmino Healing Cream, sabun Merrygold dan produk BC semua saya guna dari awal BC01, BC04 dan BC16, yang mana doktor rekemenkan saya ambil je macam Pulsatilla pun saya guna, inilah hasilnya doktor muka saya sekarang" Wanita cantik itu menerang dengan panjang lebar. "Alhamdulilah.. saya cukup gembira mendengar dan lihat muka awak yang cukup bersih dan cantik, sekarang awak ambil apa yer" Saya merasa amat gembira melihat wajah gadis tersebut yang cantik, gebu dan bersih hasil nasihat saya.
"Saya dah beli ketam , 10 ekor nak hadiahkan pada doktor dan bagi alamat lengkap doktor saya nak pos surat jemputan kahwin" Wanita tersebut terus menghulur sekarung ketam kepada saya. " Ya Allah tak payah la susah-susah Rina , saya hanya berusaha membantu Rina sahaja , semua hasil ni dari Allah" Saya cuba menolak pemberian wanita wanita tersebut dengan sopan. " Tak apa doktor saya dah niat nak hadiahkan ni, doktor terima lah yer kalau tidak saya sedih ni" Wanita tersebut membuat muka sedihnya, "Ok, ok saya terima kalau gitu belanja la ayam 5 ekor dan daging 10 kilo ke ... hahahhaa ...gurau-gurau yer , terima kasih banyak-banyak moga-moga Rina pun berbahagia nanti , Insya Allah saya akan hadir kenduri kahwin Rina ok" saya pun menerima pemberian Rina dan dia pun tersenyum puas... isteri saya terpinga-pinga kerana dia juga membeli ketam ... hermmm hari ni kenduri ketam la nampaknya kita ... isteri saya tersenyum dengan muka kehairanan dan curiga kerana ada wanita cantik memberi saya ketam!!
**Nota gambar-gambar pasar dari blog amirulsafri photography
No comments:
Post a Comment
Komen-komen dan testimonial anda amatlah dihargai
Visit : www.solaris-marketing.com