Adoii Sakitnya.. Gout ni
Mengikut fakta Foundation Arthritis, Malaysia setiap 1000 orang terdapat 5 orang (5:1000) yang menderita akibat gout atau arthritis. Punca gout pula bukan diakibat oleh 1 punca sahaja malah gout akan terjadi akibat dari pelbagai sebab dan menyukarkan doctor untuk mengenal pasti rawatan yang terbaik untuk setiap pesakit. Sehingga ada yang membuat kesimpulan gout tidak ada ubatnya dan terpaksa menerima hakikat bahawa “anda perlu membiasakan diri dengan kesakitan” dan bersiap sedia untuk mengguna kerusi roda. Phieww menakutkan!!
Jika ditenung kepada hadis nabi “setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali maut” begitulah lebih kurang hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Maka mengapa hanya pasrah dan tidak berusaha, terdapat pelbagai perubatan alternative yang mendakwa mampu merawat gout termasuk Homeopathy. Perbezaan di antara Homeopathy dan lain-lain alternative adalah kes “proving” atau remedy yang telah “dibuktikan” untuk menyembuh sesuatu penyakit dan kajian klinikal berbanding lain-lain ubat alternative yang hanya mengikut cerita turun temurun (folklore).
Rawatan dan Remedi Homeopathy untuk Gout.
Setiap pengamal atau doctor Homeopathy yang mahir mempunyai kaedah sesi mendapat info mengenai penyakit yang dideritai .. saya mengambil kaedah yang agak simple tetapi memadai untuk saya “match making” penyakit dan remedy.
- Anda perlu bercerita mengenai penyakit anda secara bebas dan jujur dan tanpa rasa malu-malu
- Selepas itu saya mendapat info UTAMA di mana (lokasi kesakitan yang ketara) dan modality ( bila atau sebab penyakit itu melarat atau berkurangan)
- Info tambahan atau lain-lain kesakitan selain info utama termasuk apa, di mana dan modality tambahan
- Fokus kepada “apa yang telah berubah”
- Mencari atau mengenal pasti punca sebenar kenapa gout (atau lain-lain penyakit) boleh melarat , contoh selepas makan makanan laut atau selepas bersukan dan lain-lain
- Situasi “perubahan terjadi” yang terkini
- Pemerhatian atau mengenal pasti bentuk fizikal pesakit, contoh kurus atau gemuk
- Keadaan perubahan mental akibat penyakit yang dideritai, contoh kurang sabar suka marah dan mengeluarkan kata-kata kesat atau hanya memendam perasaan dan lain-lain.
- Keadaan suhu badan, kerap dahaga atau tidak dan jika terdapat perpeluhan adakah sedikit atau melampau.
- Sejarah keluarga, adakah ayah atau emak atau di dalam keluarga yang menghidap penyakit yang sama.
Perbezaan paling ketara di antara Homeopathy dan lain-lain rawatan ialah, Homeopathy bukan merawat penyakit tetapi merawat individu tersebut. Pelik tapi benar itulah cara rawatan Homeopathy.” Ish .. ish orang sakit , yang Homeopathy sibuk dok interbiu macam-macam, ada tak ubat yang boleh legakan gout atau kurangkan kesakitan dengan pantas?”. Tidak dapat nafikan hanya orang yang menderita kesakitan akibat gout sahaja yang mampu untuk membayangkan kesakitan akibat gout.
Kaedah popular ialah membenam (suppress) rasa sakit dan melegakan kesakitan dengan seberapa pantas. Ini dibuktikan oleh perubatan alopathy (perubatan mengguna drugs), mengguna pil pain killer yang seperti ibuprofen. Malangnya kesakitan akan datang semula selepas kesan pain killer hilang dan terpaksa mengambil lagi dan lagi pain killer sehinga terjadi kesan sampingan atau pain killer itu sendiri sudah tidak dapat “kill the pain”. Habis tu “nak buat lagu mana?” bak kata orang-orang Utara.
Homeopathy tidak menolak kaedah perubatan moden malah Homeopathy tidak pernah mengatakan kaedah Homeopathy adalah yang terbaik. Homeopathy di anggap “alternative” dan memang benar ia adalah alternative kepada perubatan alopathy (moden). Homeopathy akan membantu pesakit yang didiagnos dan preskripsi oleh doctor perubatan moden untuk mempercepatkan proses penyembuhan, menyingkir kesan sampingan perubatan moden dan Homeopathy akan membantu untuk memberi kesan penyembuhan secara total kepada pesakit jika kaedah rawatan Homeopathy yang sistematik diberi bergandingan dengan rawatan perubatan moden. Pendek kata perubatan moden dan Homeopathy sepatutnya bergandingan bukan saling mendabik dada mengatakan kaedah masing-masing adalah yang terbaik… yang penting kerjasama bak kata-kata hikmat siri rancangan kanak-kanak yang popular.
Ubat atau remedy Homeopathy untuk Gout.
Remedi Homeopathy mempunyai senarai yang panjang untuk pelbagai symptom gout bagi setiap individu. Senarai “top ten” ialah Arnica, Belladonna, Beberis vulgaris, Bryonia, Calcarea Flour, Colchicum, Ledum palustre, Rhododendron , Rhus toxichodendron dan Sulphur. Selepas soal jawab seperti di atas saya akan berupaya untuk mengenal pasti remedy yang paling sesuai , potensi remedy dan dosnya.
Hasil pemerhatian dan "case taking" yang pernah saya ambil, dari 10 orang yang bersabar dan mengamal ubat Homeopathy dengan berdisiplin, 8 orang akan memberi maklum balas bahawa gout mereka sudah terus hilang dengan sekali rawatan (serasi memainkan peranan penting), ada yang selepas 3 bulan dan ada yang selepas 6-8 bulan. Ini menunjukkan setiap individu adalah BERBEZA dari segi simptom, karekter dan tahap penyakit yang dideritai. Walaubagaimana pun berbalik kepada MAHA PENCIPTA dengan Izin-Nya maka tidak ada yang mustahil selepas kita berusaha dan mengkaji....
Info yang menarik mengenai penggunaan kaedah homeopathy dalam merawat penyakit arthritis gout.
ReplyDelete