Homeopati mempunyai senarai yang panjang untuk merawat pelbagai penyakit, di antaranya penyakit yang berkaitan sistem dalam tubuh, sistem anti-bodi dan remedi pencegahan untuk pelbagai penyakit seperti H1N1, Denggi dan Chikungunya.
Namun penyakit kulit yang diakibatkan oleh darah yang kotor dan bertoksik merupakan antara masalah kesihatan yang semakin menjadi-jadi dan terdapat pelbagai ubat-ubatan yang mendakwa mampu merawat dan menyahtoksik tetapi secara tidak langsung meninggalkan kesan sampingan yang tidak kurang bahayanya kepada para pengguna. Homeopati menawarkan remedi yang selamat dari alam semulajadi seperti Echi-A yang dibuat dari ekstrak bunga purple con-flower yang amat cantik dan mempunyai nilai terapuetik yang hebat.
Mengapa perlu mengambil Echi-A?. Mudah sahaja jawapannya, didalam kehidupan kita seharian boleh dikatakan 90-99% makanan akan ditambah MSG (monosodium glutamate atau juga dikenali sebagai sodium glutamate) sebagai penambah perisa kepada makanan tersebut. Mengikut kajian FDA atau United States Food and Drug Administration, MSG selamat untuk diambil pada tahap tertentu tetapi akan menimbulkan simptom astma (lelah) dan pelbagai komplikasi kesihatan. Bayangkan pengambilan secara tetap pada setiap hari sistem darah didalam tubuh akan dijangkiti organisma patogen yang bertoksin.
Echi-A adalah remedi “corrector of blood dyscrasia” yang amat berkesan untuk merawat permasalahan berkaitan ketidaktentuan yang terjadi didalam tubuh terutama kualiti darah seseorang itu. Pelbagai kes yang berkaitan toksin didalam tisu atau darah (sepsis) atau kehadiran organisma pathogen didalam darah atau yang sering disebut sebagai keracunan didalam darah. Kes-kes Erysipelas iaitu infeksi yang terjadi dikulit dan ulcer yang berbau.
Echi-A boleh membantu dan merawat :
Sebagai pencuci darah atau de-tox kepada kes keracunan didalam darah atau darah kotor.
Penyakit kulit yang kronik atau yang tiba-tiba (erysipelas), seperti jerawat, infeksi kulit, ruam, eczema, alergik dan lain-lain
Goitre atau thyroid yang menjadikan mata tersembul (exophtalmic symptoms)
Bagi wanita ia juga membantu mengurangkan keputihan yang berbau.
Masalah haid yang tidak teratur
Remedi ini dianggap sebagai remedi yang luar biasa dan amat dihargai oleh para pengamal dan doktor homeopathy serta pesakit-pesakit yang telah mendapat manfaat dari bunga ini.
Disediakan didalam botol 40ml , cecair berwarna hijau gelap, cara pengambilan 5-10 titis dicampur dengan sedikit air, 3 kali sehari sebelum makan.
Pejam celik ...celik pejam dah tujuh tahun saya di online, bermula bulan Februari 2003. Hingga kini web www.solaris-marketing.com masih wujud dan dengan setianya memberi khidmat kepada puluhan ribu pesakit-pesakit yang mencari alternatif untuk mendapat rawatan selain perubatan konvensional.
Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memesan dan menyokong web serta blog ini tanpa jemu sejak Februari 2003, semoga anda semua dirahmati-Nya dan diberi kesihatan, rezeki yang melimpah ruah dan kehidupan yang aman serta bahagia. Siapalah saya tanpa anda semua!!.
InsyaAllah saya akan berusaha untuk menjadikan blog ini lebih informatif dan berkualiti....
Sewaktu di "online" kan KAMAherbs ni ramai yang tertanya-tanya, herba apa la pula ni kan ... KAMA di depannya macam ayat yang "common" je kan. Betul la macam korang fikir tu "KAMASUTRA" , kenapa Kamasutra? Jawapannya mudah , kerana herba-herba yang digunakan ialah Indian Ginseng dan Indian Viagra yang tersohor di seantero dunia. Malah nama herba hebat Ashwaganda telah tertera didalam kitab KAMASUTRA, sebagai raja herba dari pelbagai herba yang terdapat didalam kitab tersebut. Maka tidak keterlaluanlah jika diberi nama KAMAherbsIndian Ginseng atau Ashwaganda, nama saintifiknya ialah Withania Somnifera dan Safed musli atau nama saintifiknya Chlorophytum borivillianum yang telah dilapurkan mempunyai permintaan melebihi bekalan. Kerajaan India menggalak para petaninya untuk mengusahakan Ashwaganda secara intensif, dengan memberi kemudahan kepada para petani untuk memohon bantuan pinjaman bagi mengusahakan penanaman Ashwaganda dan Safed Musli atau "Indian Viagra".
Ashwagandha, Ashwa bermaksud kuda , manakala ganda bermaksud wangian, ini merujuk kepada kekuatan seksual bak seekor kuda.
Bahan aktif yang dapat dikesan didalam Ashwaganda
Withaferin, Withanolides, Withanine, sitoindosides, Somniferine, Alkaloids dan Ethanolides. Withanolides dipercayai mempunyai pelbagai fungsi perubatan . Herba ini menstimulasi sistem sel imun seperti lymphocytes ( sel darah putih dan sistem imun vetebrate). Ashwaganda mengawal inflamasi (jika terjadi) dan mempertingkatkan memori atau minda. Pengambilan Ashwaganda dan Safed musli secara serentak akan membaikpulih sistem tubuh terutama sistem reproduksi lelaki. Aswaganda juga terkenal sebagai tonik atau herba adoptogen.
Bagaimana KAMAherbs berfungsi ?
Sekiranya ada produk yang boleh menjanjikan bahawa anda akan mendapat ereksi selepas 30-60 minit, pada pandangan saya ia mempunyai bahan-bahan perangsang seperti sidenafil, macam kes yang dilapurkan baru-baru ini, patut la "power" semacam je lepas minum kopi tersebut, rupa-rupanya kopi tersebut telah dicampur dengan sidenafil, bahan yang digunakan didalam Viagra. Nasihat saya kepada insan-insan yang inginkan kesan yang pantas, hentikanlah keinginan yang boleh membawa malapetaka ini dan kembalilah ke jalan yang agak jauh tetapi anda boleh mendapat manfaat yang kekal.
Konsep penyembuhan KAMAherbs adalah sama seperti lain-lain produk, Viagra , Vimax dan pelbagai nama lagi dipasaran. Ramuan herba yang berkualiti tinggi didalam KAMAherbs akan bertindak mengawal stres yang menjadi masalah utama kepada individu yang mengalami ED. Hasil kajian menunjukan stres adalah punca utama kepada ED, ereksi pra-matang, kehilangan libido (nafsu seksual) dan pelbagai masalah kesihatan lain seperti obesiti, kesuburan, kemurungan, darah tinggi, jerawat dan lain-lain.
KAMAherbs akan merawat ED dengan memberi kesan secara semulajadi, yang membolehkan otot di antara dinding arteries (saluran yang membawa darah beroksigen) didalam penis membesar atau tidak mengecut (ia releks). Ini membolehkan saluran itu membesar dan membenarkan lebih banyak darah melaluinya dan membolehkan erection (penis mengeras) dan menjadikan penis lebih besar.
Zakar atau penis lelaki mempunyai 2 saluran, salah satunya Corpora Cavernosa , Corpora Cavernosa ialah saluran diatas penis sementara Corpus Spongiosum dibahagian bawah penis .Urethra ialah saluran kencing dan pengeluaran sperma. Bila saluran ini tidak relek atau mengecut maka bekalan darah tidak dapat memasuki penis dan terjadi ED. Herba-herba ini membantu untuk kedua-dua saluran ini menampung lebih banyak darah, tidak mustahil penis anda mendapat ereksi yang padu, bertenaga dan menjadikan penis anda lebih panjang dan besar.
Bahan-bahan utama KAMAherbs
Ashwaganda adalah tumbuhan yang tumbuh di India, Paksitan dan Sri Lanka, menyerupai pokok tomato dan satu species dengan pokok tomato. Pakar Ayurvedic telah mendapati Ashwaganda telah tertulis didalam kitab KAMASUTRA sebagai tumbuhan yang amat hebat diantara tumbuh-tumbuhan aphrodisiac yang tercatat didalam kitab tersebut. Ashwaganda juga digelar dengan pelbagai nama seperti Indian Ginseng, Winter Cherry, Ajaganda, Sam Al Ferakh dan lain-lain lagi mengikut bahasa Negara masing-masing. Ashwaganda
Ashwaganda adalah herba adoptogen, istilah ini digunakan oleh herbalist (ahli herba bertauliah) sebagai merujuk kepada herba semulajadi yang membantu menguatkan ketahanan tubuh kepada stress, trauma, kerisauan melampau dan keletihan melampau. Kesemua herba adoptogen adalah anti-oxidant (antioxidants berfungsi melawan dan mempertahankan tubuh dari serangan unsur tidak baik sehingga boleh merosakkan tubuh manusia). Herba adoptogen juga adalah bebas toksik.
Safed Muslijuga dianggap tumbuhan “ajaib” hingga digelar “wonder crop”, “herbal Viagra” dan “root of gold” kerana kesan terapuetik yang mempunyai nutirisi tonik seperti 25 bahan alkaloid, protein, karbohidrat, steroid dan polysaccharidesyang boleh dimanfaat oleh sistem tubuh manusia. Herba hebat ini telah dikaji dan disahkan mampu,
vSafed Musli mempunyai kesan anti-ageing. Kesan inimembolehkan herba hebat ini menyegarkan tubuh dan minda tanpa kesan sampingan
vSelain Ashwaganda , Safed Musli juga di anggap “teman baik bagi lelaki” . Ia adalah herba aphrodisiac yang amat hebat untuk merawat system reproduksi lelaki seperti mati pucuk, pancutan pra-matang dan kuantiti sperma yang tidak mencukupi.
vMerawat keletihan mental dan fizikal
vMenaiktaraf sistem ketahanan badan.
vIa juga digunakan sebagai herba untuk merawat kencing manis dan sakit-sakit sendi (arthritis)
Ginseng adalah tumbuhan adoptogen seperti Ashwaganda yang biasanya boleh didapati dinegara Asia yang beriklim sejuk dan biasanya di tanah tinggi seperti digunung yang biasanya di Negara China, Korea dan Jepun. Ginseng adalah tumbuhan yang lambat untuk membesar menjadikan ginseng amat berharga dipasaran. Sebagai herba adoptogen Ginseng bertindak hampir sama kesannya dengan Ashwaganda. Gandingan Ginseng dan Ashwaganda akan memberi kesan “double impact” dimana kedua-dua ginseng ini mempunyai kesan ginsenosides (steroid semulajadi) yang berbeza-beza.
Terharu juga bila membaca luahan perasaan gembira oleh pembeli-pembeli BC01, BC04, Aquifolium Set, Carmino Cream dan Sabun Merrygold di Shout box dan SMS. Produk-produk ini walaupun bebas bahan kimia ia amat berkesan dan membantu para pembeli kembali ceria dan tampil dengan penampilan muka yang cantik dan licin walaupun tidak secantik Siti Nurhaliza ataupun Maya Karin he he he... apa yang penting penampilan penuh bergaya dan yakin seperti gambar dibawah.
Perasaan bersyukur yang dihantar melalui SMS:
Name: Minta dirahsiakan Number: +6019 Content: Alhamdullilah jerawt sy dh kurng walau masih ada yg kcl tumbuh 2,3 tmpt.sy nk bli aquifolium cream,marygold,w.hazel n bc 1. Bc 1 kwn nk ordr.dulu sy yg sms doc lwt mlm.doc suggst bc1 n bc4 n 2 krim tu.sy nk bnk in dlm 25 hb or 26.tunggu gaji.agak2 smua 4 brg ada tk doc tarikh tu. Time: 26/01/2010 10:22:04
Awal bulan November 2009 seorang gadis berumur 23 tahun, telah sms dan ingin berjumpa dengan saya mengenai masalah mukanya yang berjerawat, bernanah, berbau dan berminyak. Dalam beberapa jam gadis tersebut dengan nekadnya memandu keseorangan telah tiba untuk berjumpa saya dari Gemas, Negeri Sembilan. Hajat beliau hanya satu yakni ingin cantik seperti Dato’ Siti Nurhaliza. Hermm … berdebar-debar juga saya bila mendengar cita-cita gadis tersebut.
Dia tiba dengan senyuman yang seakan-akan “senyum tapi tak habis” , risau la gamaknya dengan keadaan mukanya, potongan badannya memang sudah “tip-top” macam Siti Nurhaliza sewaktu anak dara, kulitnya memang putih bersih dan yang penting dagunya pun berlubang macam Dato’ Siti!. Cantik sangat ke Siti Nurhaliza tu? Secara peribadi saya akui Siti Nurhaliza sememangnya seorang yang cantik, tetapi saya lebih meminati gaya penampilan sopannya, gayanya itu membuatkan beliau menjadi lebih cantik dan menawan. Tidak seperti artis-artis baru yang sedang naik atau yang sedang turun pun berlambak yang cantik-cantik. Cantik tapi hodoh kerana penampilan mereka dengan gaya “kain tak cukup” membuat saya merasa amat meluat , manakan tidak mereka bergaya ala-ala Hollywood tetapi nama didaftarkan dalam kad pengenalan dan agama adalah Islam, “lu fikir la sendiri” bak kata Nabil, juara Raja Lawak. Eh… terlebih komen pula saya.
Saya namakan gadis ini CT (kebetulan nama depannya SITI juga), berikut ialah indikasi hasil dari soal jawab dan pemerhatian saya dengan CT.
• Pada amnya jerawat CT berbentuk besar dan bulat , terdapat jerawat yang merah dan bernanah serta berbau. Kulit mukanya kelihatan tidak sihat dan berminyak. Jerawat CT seakan-akan eczema. • Kulit mukanya sensitive pada sejuk dan sentuhan • Bersin dan hidung berair bila terdedah kepada cuaca sejuk • Masalah penghadaman , najis yang berbau busuk • Makin melarat bila menggunakan aplikasi yang dingin seperti krim yang berasaskan mint • Pernah ada masalah telinga yang bernanah • Jerawat yang lambat untuk sembuh • Mental yang tidak stabil dan suka berfikir-fikir yang bukan-bukan • Kerap sakit tekak dan batuk-batuk • Telah mengguna pelbagai produk kosmetik dan membuat pelbagai rawatan facial namun semua hasilnya tidak berjaya.
Indikasi yang CT tunjukkan menjurus kepada satu remedi homeopati iaitu , Hepar Sulphur Calcarea (HSC). Pada kes-kes yang sebelum ini saya telah preskripsikan secara holistic kepada pesakit yang berjerawat dan eczema dan amat sukses.
HSC pada potensi yang tinggi akan mempercepatkan proses penyembuhan , memberhentikan proses bernanah dengan kadar yang amat pantas. Oleh itu saya namakan preskripsi ini sebagai HSC200.
CT pulang dengan HSC200 didalam bentuk tablet manis sukrosa dengan harapan yang menggunung untuk memulihkan mukanya yang boleh kategorikan sebagai “beyond repair”.
Dalam masa 2 minggu dengan izin-Nya , nanah dan bau yang tidak enak telah mula kering dan hilang, disamping itu juga CT menggunakan Aquifolium cream sebagai “night cream” dan sabun Merrygold sebagai pencuci muka. CT telah “stop” menggunakan produk kosmetik. Kini CT sudah boleh senyum melebar tanpa dipaksa sewaktu perjumpaan kali kedua pada 15 Januari lepas. CT kini lebih cantik dari Dato’ Siti Nurhaliza!, kenapa saya kata begitu?. Kerana CT lebih muda dari Dato’ Siti yang sudah 30an (jangan marah ye Dato’ Siti Nurhaliza, Selamat Hari Jadi)
Malangnya CT tidak izinkan saya untuk memaparkan wajah beliau sewaktu sebelum dan selepas mukanya menjadi gebu bak telur dikupas adanya.Pemalu sangat orangnya, ala-ala wanita Melayu terakhir.