Tuesday, February 22, 2011

Carmino complexion cream dalam pek baru



Lama juga saya tak buat pos di blog disebabkan "bz" tak henggat menguruskan beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum "date line" , Alhamdulilah dalam sibuk-sibuk pun dah siap pek baru Carmino complexion cream (CCC) . Kuantitinya sama tak berubah tetap CCC yang asli, harga pun tetap sama walaupun bekasnya semakin cun dan lasak, cuma pek dah berubah untuk lebih lasak bila berhadapan dengan pekerja Pos Laju yang gigih berkerja sehingga banyak kes CCC pecah dalam proses penghantaran.


Selepas ini Carmino calendula healing cream pun akan berubah bekasnya, mengikut bekas seperti CCC supaya lebih lasak, begitu juga dengan sabun Carmino complexion soap (CCS) .. di ulang bahan-bahannya masih sama, harga pun sama cuma bekas sahaja dah berubah.

Pastinya lepas ini akan terjadi reformasi kepada pek-pek produk untuk lebih menarik, lasak dan selamat sampai kepada anda semua ... bukan reformasi tu yer ... tu politik hehehe..

Produk baru ... Materia Medica Homeopathy Hair Cream.. dah boleh dibeli , saya akan buat pos mengenainya dalam masa yang terdekat ini...... (klik link di atas untuk info)

Tuesday, February 8, 2011

Homeopathy2u - Homeopathy Dan Anda: Gout Tidak Ada Ubatnya?

Homeopathy2u - Homeopathy Dan Anda: Gout Tidak Ada Ubatnya?

Gout Tidak Ada Ubatnya?






Adoii Sakitnya.. Gout ni


Mengikut fakta Foundation Arthritis, Malaysia setiap 1000 orang terdapat 5 orang (5:1000) yang menderita akibat gout atau arthritis. Punca gout pula bukan diakibat oleh 1 punca sahaja malah gout akan terjadi akibat dari pelbagai sebab dan menyukarkan doctor untuk mengenal pasti rawatan yang terbaik untuk setiap pesakit. Sehingga ada yang membuat kesimpulan gout tidak ada ubatnya dan terpaksa menerima hakikat bahawa “anda perlu membiasakan diri dengan kesakitan” dan bersiap sedia untuk mengguna kerusi roda. Phieww menakutkan!!

Jika ditenung kepada hadis nabi “setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali maut” begitulah lebih kurang hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Maka mengapa hanya pasrah dan tidak berusaha, terdapat pelbagai perubatan alternative yang mendakwa mampu merawat gout termasuk Homeopathy. Perbezaan di antara Homeopathy dan lain-lain alternative adalah kes “proving” atau remedy yang telah “dibuktikan” untuk menyembuh sesuatu penyakit dan kajian klinikal berbanding lain-lain ubat alternative yang hanya mengikut cerita turun temurun (folklore).

Rawatan dan Remedi Homeopathy untuk Gout.

Setiap pengamal atau doctor Homeopathy yang mahir mempunyai kaedah sesi mendapat info mengenai penyakit yang dideritai .. saya mengambil kaedah yang agak simple tetapi memadai untuk saya “match making” penyakit dan remedy.

  1. Anda perlu bercerita mengenai penyakit anda secara bebas dan jujur dan tanpa rasa malu-malu
  2. Selepas itu saya mendapat info UTAMA di mana (lokasi kesakitan yang ketara) dan modality ( bila atau sebab penyakit itu melarat atau berkurangan)
  3. Info tambahan atau lain-lain kesakitan selain info utama termasuk apa, di mana dan modality tambahan
  4. Fokus kepada “apa yang telah berubah”
  5. Mencari atau mengenal pasti punca sebenar kenapa gout (atau lain-lain penyakit) boleh melarat , contoh selepas makan makanan laut atau selepas bersukan dan lain-lain
  6. Situasi “perubahan terjadi” yang terkini
  7. Pemerhatian atau mengenal pasti bentuk fizikal pesakit, contoh kurus atau gemuk
  8. Keadaan perubahan mental akibat penyakit yang dideritai, contoh kurang sabar suka marah dan mengeluarkan kata-kata kesat atau hanya memendam perasaan dan lain-lain.
  9. Keadaan suhu badan, kerap dahaga atau tidak dan jika terdapat perpeluhan adakah sedikit atau melampau.
  10. Sejarah keluarga, adakah ayah atau emak atau di dalam keluarga yang menghidap penyakit yang sama.

Perbezaan paling ketara di antara Homeopathy dan lain-lain rawatan ialah, Homeopathy bukan merawat penyakit tetapi merawat individu tersebut. Pelik tapi benar itulah cara rawatan Homeopathy.” Ish .. ish orang sakit , yang Homeopathy sibuk dok interbiu macam-macam, ada tak ubat yang boleh legakan gout atau kurangkan kesakitan dengan pantas?”. Tidak dapat nafikan hanya orang yang menderita kesakitan akibat gout sahaja yang mampu untuk membayangkan kesakitan akibat gout.

Kaedah popular ialah membenam (suppress) rasa sakit dan melegakan kesakitan dengan seberapa pantas. Ini dibuktikan oleh perubatan alopathy (perubatan mengguna drugs), mengguna pil pain killer yang seperti ibuprofen. Malangnya kesakitan akan datang semula selepas kesan pain killer hilang dan terpaksa mengambil lagi dan lagi pain killer sehinga terjadi kesan sampingan atau pain killer itu sendiri sudah tidak dapat “kill the pain”. Habis tu “nak buat lagu mana?” bak kata orang-orang Utara.

Homeopathy tidak menolak kaedah perubatan moden malah Homeopathy tidak pernah mengatakan kaedah Homeopathy adalah yang terbaik. Homeopathy di anggap “alternative” dan memang benar ia adalah alternative kepada perubatan alopathy (moden). Homeopathy akan membantu pesakit yang didiagnos dan preskripsi oleh doctor perubatan moden untuk mempercepatkan proses penyembuhan, menyingkir kesan sampingan perubatan moden dan Homeopathy akan membantu untuk memberi kesan penyembuhan secara total kepada pesakit jika kaedah rawatan Homeopathy yang sistematik diberi bergandingan dengan rawatan perubatan moden. Pendek kata perubatan moden dan Homeopathy sepatutnya bergandingan bukan saling mendabik dada mengatakan kaedah masing-masing adalah yang terbaik… yang penting kerjasama bak kata-kata hikmat siri rancangan kanak-kanak yang popular.

Ubat atau remedy Homeopathy untuk Gout.

Remedi Homeopathy mempunyai senarai yang panjang untuk pelbagai symptom gout bagi setiap individu. Senarai “top ten” ialah Arnica, Belladonna, Beberis vulgaris, Bryonia, Calcarea Flour, Colchicum, Ledum palustre, Rhododendron , Rhus toxichodendron dan Sulphur. Selepas soal jawab seperti di atas saya akan berupaya untuk mengenal pasti remedy yang paling sesuai , potensi remedy dan dosnya.

Hasil pemerhatian dan "case taking" yang pernah saya ambil, dari 10 orang yang bersabar dan mengamal ubat Homeopathy dengan berdisiplin, 8 orang akan memberi maklum balas bahawa gout mereka sudah terus hilang dengan sekali rawatan (serasi memainkan peranan penting), ada yang selepas 3 bulan dan ada yang selepas 6-8 bulan. Ini menunjukkan setiap individu adalah BERBEZA dari segi simptom, karekter dan tahap penyakit yang dideritai. Walaubagaimana pun berbalik kepada MAHA PENCIPTA dengan Izin-Nya maka tidak ada yang mustahil selepas kita berusaha dan mengkaji....

Sunday, January 16, 2011

Hepar Sulphuris Calcareum (HSC30) Ubat Jerawat Homeopathy Yang Hebat





HSC30
atau Hepar Sulphuris Calcareum boleh dikatakan ubat Homeopathy yang hebat dan amat berkesan untuk merawat jerawat, tetapi populariti HSC ini bayangi oleh kehebatan BC01, BC04 dan BC16. Kenapa ada 30 dihujung namanya? 30 bermaksud kekuatan atau potensi ubat tersebut, di dalam perubatan Homeopathy setiap ubat atau remedi akan dilabel dengan potensi 6,30,200,1000 dan 10,000. Biasanya potensi 6 dan 30 akan diberi kepada kanak-kanak dan boleh diulang dengan kekerapan setiap 10 minit kerana ia berbentuk tindakan "short acting". Potensi 200 dan ke atas akan bertindak lebih lama dan dos pengambilannya 1 kali sehari atau sebulan sekali. Setiap kes orang dewasa akan dimulakan dengan potensi 30 dan akan disambung ke potensi 200 dan seterusnya. Berbeza dengan Biochemic seperti BC01, BC04 dan BC16 yang diberi pada potensi 6x . Pening kepala kan ? Anggap ini sebagai info sahaja tidak perlu pening-pening kepala.. :)


Siapa yang sesuai dengan HSC30 ?. Jika anda alami jerawat yang besar, bernanah, berbau, lambat untuk sembuh, muka nampak kusam, berminyak dan berulang-ulang ( baik dan jadi semula) HSC30 adalah ubat untuk anda. Paling bagus jika digandingkan dengan BC01, krim dan sabun Carmino Complexion.


Pakej : HSC30+BC01+CCC+CCS - RM210 (Jimat RM60) - Penghantaran adalah percuma

Cara Pengambilan : 3 kali sehari sebelum makan. Ambil HSC30 2-4 biji dan dikemam (hisap jangan dikunyah). Selepas 30 minit ambil BC01 sebanyak 2-4 biji dan dikemam. Ulang cara yang sama sebanyak 3 kali sehari. Krim CCC adalah krim malam, selepas mencuci muka dengan sabun CCS, keringkan muka dengan tuala bersih. Sapu krim CCC dengan nipis secara putaran ke seluruh muka dan biarkan semalaman. Krim ini tidak sesuai digunakan sewaktu siang ketika anda berada dibawah sinaran matahari kerana krim ini bukan krim kosmetik.


INFO : Jika anda ingin tahu ubat atau remedi yang sesuai untuk anda, mudah sahaja ... gambarkan keadaan jerawat anda seperti jerawat besar atau kecil, bernanah atau tidak, anda sembelit atau tidak, jerawat makin teruk sebelum dan sewaktu period, muka berminyak dan sebagainya. Lebih baik kalau sertakan gambar anda ke email anwar@solaris-marketing.com dan cc ke khairulanwar.mustafa@gmail.com sebagai langkah berjaga-jaga, kadang-kadang server solaris-marketing.com down :).... Jika saya mendapat maklumat yang "power" maka saya boleh mencadangkan ubat yang "power" juga kan...

Ingin menderma untuk bekalan akhirat ? boleh lawat ke DrCoOL's Blog


Sunday, January 2, 2011

Phytolacca Americana 3 in 1 Kehabisan Stok

Sehingga hari ini 1 Januari 2011 stok Phytolacca Americana 3 in 1 masih belum sampai dan dijangka selewat-lewatnya dalam tempoh 7-14 hari stok baru akan tiba. Segala kesulitan amatlah dikesali…

Walaupun stok kehabisan, saya amat terharu di atas kepercayaan anda yang telah membayar untuk pembelian Phytolacca Americana 3 in 1 secara advance. Saya akan membalas kepercayaan anda semua dengan pemberian hadiah misteri yang akan dipos bersama-sama Phytolacca Americana 3 in 1 nanti.. Kesabaran dan kepercayaan anda semua amatlah dihargai.

Friday, December 17, 2010

Tip Atasi Pori-Pori Terbuka


Soalan yang kerap diajukan kepada saya ialah bagaimana untuk mengguna krim seperti Carmino complexion cream (CCC), Soundarya dan Aquifolium. Seringkali juga saya sarankan mengguna air suam untuk mencuci muka sedangkan yang bertanya itu sendiri pun tidak mengetahui keadaan pori-pori mukanya, dan jika orang tersebut mempunyai masalah pori-pori terbuka …maka dalam 1-2 hari menjerit-jeritlah dia SMS saya ..kenapa jerawat makin naik docc?!!. Jika ini terjadi jangan sesekali panic atau hysteria kerana selain ubat-ubat, atau kosmetik yang mahal terdapat bahan-bahan disekeliling kita yang boleh digunakan untuk meredakan “serangan” jerawat yang maha hebat tersebut.

Secara mudahnya jika anda mempunyai pori-pori yang terbuka janganlah guna air suam tetapi gunalah air sejuk untuk mencuci muka. Ubat atau remedy yang sesuai untuk masalah pori-pori terbuka adalah BC04, kerana BC04 mempunyai collagen yang akan mengecutkan pori-pori tersebut dari dalam.

Kenapa terjadi pori-pori terbuka?

Folikel rambut adalah lubang yang sangat kecil yang akan berada di sekitar kulit di seluruh tubuh kita, tugasnya untuk menyokong akar rambut. Setiap folikel mengandungi kelenjar sebaceous yang membekal pelincir kepada kulit yang di panggil sebum.Sebum adalah campuran minyak bersama sel kulit mati dan nutrisi. Bergantung kepada tahap kebersihan lubang folikel ini, saiz akar rambut akan menentukan saiz lubang tersebut. Lubang ini dipanggil pori-pori (pores). Pori-pori yang luas akan diwarisi secara genetik, perubahan umur dan tahap kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari dan juga akibat penggunaan kosmetik yang melampau atau kosmetik yang menjadikan kulit muka mengelupas.


Selain dari ubat dan krim, untuk merawat pori-pori terbuka, cuba buka peti ais dan lihat apa yang ada, jika tidak ada apa-apa pun didalamnya, ais pun boleh digunakan . Yang penting kena rajinlah kalau malas tu payahlah.., selain dari itu bersabar amat penting untuk mengelak dari stress, kerana stress juga adalah penyebab jerawat yang utama!!. Kawal makanan berlemak, makanan segera, makan buah, sayur dan minum air dengan kuantiti yang secukupnya untuk mengelak dari sembelit, ini kerana sembelit juga adalah penyebab utama terjadi jerawat. Sembelit akan menjadikan hati amat “sibuk” untuk menyahtoksik, faham-fahamlah kan jika sibuk, akan terjadilah kerja-kerja yang tidak habis begitu jugalah hati. Apabila hati gagal untuk membuang segala toxic, kulit muka adalah tempat yang paling mudah untuk discaj (membuang) toxic dan terjadilah jerawat yang pelbagai jenis bentuknya.

Ubat untuk membantu hati supaya lebih cekap untuk membuang toxic adalah R7 Dr.Reckeweg, dibantu oleh R37 untuk melembutkan najis, R23 dan R53 untuk merawat masalah kulit seperti jerawat dan eczema.

Selain ubat-ubat Homeopathy yang selamat dan tanpa kesan sampingan, kaedah mudah dan murah boleh digunakan untuk merawat jerawat dan pori-pori terbuka.

  1. Tahukah anda bahawa tomato adalah toner asli yang amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan pori-pori terbuka. Caranya guna jus tomato atau ramas-ramas tomato tersebut, sapu ke seluruh muka dan biarkan selama 5 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Cubalah setiap hari dan tengoklah hasilnya.
  2. Buah lemon juga mempunyai khasiat yang baik, caranya panaskan jus lemon dan perlahan-lahan campurkan dengan putih telur dan kacau selama 20 saat, selepas ia sejuk sapu ke muka dan biarkan untuk 10-15 minit.
  3. Buah betik juga adalah toner yang hebat, guna buah betik yang masak ..hancurkan dan sapu ke muka anda dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Anda juga boleh mencampurkan jus lemon bersama-sama dengan betik tadi untuk mendapat kulit yang cerah dan lembut.
  4. Ais juga boleh membantu untuk merawat pori-pori terbuka, caranya basuh muka dengan air suam dengan mengguna sabun yang lembut seperti Merrygold dan Carmino Complexion soap (CCS) untuk membuang segala kotoran. Ambil ais dan urut-urut ke seluruh muka. Ais bukan hanya untuk diminum tetapi boleh juga membuat anda cantik ..pelik tapi benar.

Friday, December 10, 2010

Tip Kecantikan Rambut


Tip Untuk Mendapat Rambut Yang Cantik

Selain mengamal ubat-ubat Homeopathy untuk mendapat rambut yang cantik, lebat dan bersinar, saya sertakan tip-tip percuma. Bahan-bahan yang ada di dapur anda boleh digunakan untuk merawat rambut yang bermasalah, cubalah…

    1. Tip untuk rambut yang hitam dan berkilat

Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastic, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.

  1. Selepas shampoo rambut anda lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan diurut-urut ke kulit kepala dan bilas selepas itu. Guna conditioner yang biasa anda guna untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
  2. Bagi merawat rambut yang rosak anda boleh gunakan pisang, caranya ramas pisang dan dicampur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda kemudian shampoo (sebaik-baiknya shampoo herba) dan conditioner.
  3. Masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari, ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.
  4. Premature greying hair (beruban sebelum waktunya)

Jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi bila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi lalu terjadilah uban apabila usia meningkat.

Uban juga boleh terjadi pada usia muda walaupun anda tidak mempunyai keturunan. Beberapa amalan cara hidup seperti berikut akan mengakibatkan anda akan beruban lebih awal :

    1. Jika anda adalah perokok tegar atau peminum alcohol
    2. Gagal mengawal stress yang berpanjangan
    3. Terlalu kerap mengambil kopi dan the
    4. Pengambilan secara berlebihan makanan berlemak dan makanan berasid seperti jeruk

Untuk melambatkan proses beruban, anda perlu mengamal gaya hidup sihat seperti meninggalkan tabiat seperti di atas dan mengambil :

  1. Mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti bijirin cereal, soya dan daging
  1. Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, mineral dan vitamin A dan B.
  • Sumber semulajadi Vitamin A – sayuran yang berdaun hijau gelap dan buah yang berwarna kuning.
  • Sumber asli Vitamin B – sayuran segar berwarna hijau, pisang, tomato, sereal, yogurt dan lain-lain
  • Sumber asli mineral seperti zat zinc, besi dan tembaga – zinc - daging merah, ayam dan sayuran hijau , zat besi – daging, apricot, telur, bijirin dan biji bunga matahari, zat tembaga – ketam dan tiram dan gandum.

Masalah rambut gugur, beruban pada usia muda (premature greying hair) dan botak telah menjadi lumrah di kehidupan serba moden ini. Jika dahulu 20-30 tahun lalu, hanya orang tua sahaja yang beruban atau mengalami botak. Itu sudah menjadi lumrah kehidupan bila umur semakin meningkat. Kini akibat dari pemakanan dan gaya hidup yang penuh dengan gaya “segera” , masalah botak atau beruban boleh ditemui pada remaja belasan tahun.

Rawatan Secara Homeopathy

Pelbagai produk dipasaran dengan harga yang mahal dan dengan testimonial yang mengoncang iman pembeli, ubat dan produk Homeopathy berpendapat masalah rambut gugur, beruban pada usia muda dan botak perlu dirawat secara dalaman atau mengambil ubat Homeopathy secara oral (makan) bukan hanya sekadar di luaran sahaja. Seperti Silicea, Cal,phos, Lycopodium, Phosporic acid dan banyak lagi ubat-ubat yang boleh dipreskripsi secara individu atau secara combo.

Kini terdapat combo terbaru bagi menterbalikkan proses uban seperti combo Lycopodium dan Phoporic acid bersama Arnica Oil. Akan dipasarkan didalam masa terdekat.