Monday, March 7, 2011

Ubat Kurus Baru Yang Power - Garlic + Ginseng




Sewaktu menghadiri seminar bertajuk "Homeopathy VS Ayurvedic", saya sempat berbual dengan seorang yang boleh dikatakan pakar mengenai ramuan perubatan Ayurvedic.
(Ayurvedic ialah perubatan tradisional India , sama la seperti pawang yang mengguna Tongkat Ali dan Sinseh Cina yang menggunakan akar kayu didalam perubatan mereka). Ayurvedic mendapat nama lebih besar di mata dunia kerana Ayurvedic mendapat pendedahan yang luas di laman-laman web dan India juga merupakan tempat yang mempunyai koleksi penyakit, doktor dan bahan mentah yang paling besar di dunia.. macam-macam ada,.... setiap pelajar perubatan di India mendapat "seorang" mayat setiap seorang untuk dibedah.. hermm berbeza jika dibandingkan di lain-lain tempat di dunia... tidak hairanlah India melahirkan ramai pakar perubatan konvensional, homeopathy, ayurvedic dan juga tukang tilik pro...



Berbalik kepada "so called" pakar Ayurvedic tadi, saya pun chit chat pasal "ubat kurus" yang power dengan bahan 100% ramuan tumbuhan tanpa bahan-bahan merbahaya. Memang sukar berbual dengan "pure" India yang bercakap English .. slanga "Indialish" membuat saya pun turut melenggok-lenggok kepala sama macam dia juga... Mujurlah dia pun faham cakap saya, dan saya pun dengan bersusah payah untuk faham , dan dia pun memberi 1 botol ramuan ubat kurus untuk dicuba bersama-sama nombor telefonnya. Bahan utamanya ialah Garlic dan Ginseng, dan beberapa herba hebat lain yang sering menjadi ramuan utama untuk pil-pil herba untuk mengawal berat badan. Terus saya teringat seorang sahabat saya bersaiz power juga untuk mencuba...
BAWANG PUTIH berupaya mengurangkan kadar kolesterol. Pesakit koronari-anteri yang mengambil makanan tambahan bawang putih didapati boleh merendahkan paras lipoprotein yang dikaitkan dengan penyakit jantung, manakala bagi yang tidak mengambil bawang putih tidak menunjukkan pengurangan kadar lipoprotein.
Berbagai jenis sebatian sulfur yang terdapat dalam BAWANG PUTIH boleh memberi kesan yang baik untuk kesihatan kardiovaskular. Ini banyak memberi kesan kepada biosintesis asid lemak, kolesterol, tringliserida dan fosfolipid. AJOENA, bahan bawang putih, mempunyai kesan anti-pembekuan yang mujarab. BAWANG PUTIH mengandungi 754 bahagian per milion (PPM) Germanium - iaitu lebih dua kali ganda daripada Ginseng. Germanium adalah perangsang imun, pembekal oksigen dan penghalang radikal bebas. Kajian menunjukkan Germanium amat berkesan untuk merawat kesan terbakar, penyakit radiasi, beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Bawang putih mengandungi bahan-bahan lain yang menunjukkan kesan anti-tumor terhadap haiwan. Pengambilan bawang putih yang banyak boleh mengelakkan kanser perut. Bawang putih menghalang nitrat diet bertukar menjadi kanser yang menyebabkan nitrosamina.
Kajian menunjukkan sebatian bawang putih dialil sulfida merupakan nutrien anti-kanser yang berkesan. Apabila diberikan kepada tikus sebelum mendedahkan tikus tersebut kepada agen penyebab kanser kolon, ianya mempunyai kesan perlindungan antikarsinogenik terhadap esofageal, kanser perut dan kulit dengan membenarkan hati untuk menyahtoksikkan bahan kimia penyebab kanser. Di Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, para saintis berusaha menghasilkan ubat antikanser yang pertama diperbuat daripada bawang putih. Alisin adalah campuran sulfur yang memberikan kuasa antibiotik pada bawang putih. Ianya berkesan seperti penisilin tetapi tidak memusnahkan bakteria yang baik.
BAWANG PUTIH juga merawat Kandida Albikons, sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh pil perancang, antibiotik, kartisona, kencing manis, kekurangan nutrien, sembelit dan tekanan.


Setelah 1 minggu mencuba ... wow! memang power la ... bowel movement (ke bilik termenung) dah ok, selera makin kurang dan semua berkaitan yang positif untuk kurus, dia merekodkan 1 kilo penurunan dalam 1 minggu. Usaha seterusnya untuk menjadi cantik atau "handsome" ialah meneruskan regime pemakanan ubat yang teratur dan senaman yang berjadual.... tidak ada yang mudah kan...



Nota : Akan berada dipasaran dalam tempoh 1-2 minggu



Homeopathy & Biochemic Therapist

Thursday, March 3, 2011

Ubat Jerawat Homeopati , Mengikut Simptom

Jerawat..dulu kini dan ubatnya… Causticum 30

  • face; skin; out-breaks on skin; acne;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; in groups;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; on nose; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; forehead; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; nose; ;
  • nose; skin or lining of nose; small swellings; surrounded by red swelling like acne;
  • face; lips; out-breaks on lips; acne;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; near a fire; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chin; ;

Ada lagi ubat jerawat rupanya, mesti ada yang mengeluh kan .. , bukan nak kasi anda semua pening kepala tetapi ubat-ubat ini adalah pilihan untuk kes yang tidak berapa “sembuh” hanya dengan BC01, BC04 , BC16 dan lain-lain.

Sengaja saya tidak terjemahkan ke Bahasa Malaysia simptom-simptom yang berkaitan jerawat di atas, bukan malas tetapi tidak mahu fakta simptom itu “lari dari tajuknya” bila di Bahasa Malaysia kan..

BC01, BC04, BC16, HSC30, Sulphur 30, Pulsatilla 30, krim CCC dan sabun CCS sememangnya telah sinonim dengan masalah jerawat atau bahasa perubatan menyebut Acne vulgaris. Kini anda ada pilihan terbaru… mengikut simptom seperti dibawah.

  • face; skin; out-breaks on skin; acne;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; in groups;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; chronic, especially nose and cheeks; on nose; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; forehead; ;
  • face; skin; out-breaks on skin; acne; nose; ;

Mengikut simptom di atas ubat yang paling sesuai ialah CAUSTICUM 30 ,

  • back; skin; out-breaks on skin; acne; neck; ; ubat yang boleh di kombo (combo/gabung) bersama-sama Causticum ialah JUGLAN REGIA
  • back; skin; out-breaks on skin; acne; kalau jerawat di belakang badan tidak teruk hanya CARBO.V di kombo dengan Causticum
  • chest; skin; out-breaks on skin; pimples; acne; jika terdapat jerawat di dada BRYTA CARB
  • Saya mencadangkan ubat-ubat atau remedi ini diambil , selepas (susulan) anda mengguna BC01, BC04 dan BC16. Jika terdapat nanah bersama-sama jerawat tersebut, SULPHUR atau HSC30 boleh dimasukkan didalam list pengambilan remedi, TETAPI eloklah sekurang-kurang hanya 3 ubat makan sahaja di dalam satu-satu masa.

Cara pengambilan :

Jika dua ubat dalam satu masa;

  • Selang (jarakkan) sekurang-kurangnya 30 minit di antara setiap ubat, 3 kali sehari

Jika tiga ubat dalam satu masa;

  • Ambil Causticum di sebelah pagi, ubat ke dua pada tengah hari dan ubat ketiga pada sebelah malam (mana-mana satu dulu pun ok)

Seboleh-bolehnya biarlah sewaktu perut kosong dan lidah anda bersih.

Nota : Ubat homeopati tidak terdapat kesan ubat, dan telah disahkan oleh KKM sendiri. Jika tidak ada kesan ubat, bagaimana ubat homeopati boleh merawat?, jawapannya ialah , kesan ubat bermaksud ada bahan-bahan berunsur drugs atau kimia seperti ubat perubatan moden, ubat homeopati tidak terdapat kesan ubat kerana cara penyediaannya yang menjadikan ia sebagai dos yang amat-amat kecil. Tidak ada dos maut (fatal) di dalam ubat-ubat homeopati dan boleh dikatakan tidak mempunyai kesan sampingan selagi 100% ubat itu adalah PERSEDIAAN HOMEOPATI.


Tuesday, February 22, 2011

Carmino complexion cream dalam pek baru



Lama juga saya tak buat pos di blog disebabkan "bz" tak henggat menguruskan beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum "date line" , Alhamdulilah dalam sibuk-sibuk pun dah siap pek baru Carmino complexion cream (CCC) . Kuantitinya sama tak berubah tetap CCC yang asli, harga pun tetap sama walaupun bekasnya semakin cun dan lasak, cuma pek dah berubah untuk lebih lasak bila berhadapan dengan pekerja Pos Laju yang gigih berkerja sehingga banyak kes CCC pecah dalam proses penghantaran.


Selepas ini Carmino calendula healing cream pun akan berubah bekasnya, mengikut bekas seperti CCC supaya lebih lasak, begitu juga dengan sabun Carmino complexion soap (CCS) .. di ulang bahan-bahannya masih sama, harga pun sama cuma bekas sahaja dah berubah.

Pastinya lepas ini akan terjadi reformasi kepada pek-pek produk untuk lebih menarik, lasak dan selamat sampai kepada anda semua ... bukan reformasi tu yer ... tu politik hehehe..

Produk baru ... Materia Medica Homeopathy Hair Cream.. dah boleh dibeli , saya akan buat pos mengenainya dalam masa yang terdekat ini...... (klik link di atas untuk info)

Tuesday, February 8, 2011

Homeopathy2u - Homeopathy Dan Anda: Gout Tidak Ada Ubatnya?

Homeopathy2u - Homeopathy Dan Anda: Gout Tidak Ada Ubatnya?

Gout Tidak Ada Ubatnya?






Adoii Sakitnya.. Gout ni


Mengikut fakta Foundation Arthritis, Malaysia setiap 1000 orang terdapat 5 orang (5:1000) yang menderita akibat gout atau arthritis. Punca gout pula bukan diakibat oleh 1 punca sahaja malah gout akan terjadi akibat dari pelbagai sebab dan menyukarkan doctor untuk mengenal pasti rawatan yang terbaik untuk setiap pesakit. Sehingga ada yang membuat kesimpulan gout tidak ada ubatnya dan terpaksa menerima hakikat bahawa “anda perlu membiasakan diri dengan kesakitan” dan bersiap sedia untuk mengguna kerusi roda. Phieww menakutkan!!

Jika ditenung kepada hadis nabi “setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali maut” begitulah lebih kurang hadis yang diriwayatkan oleh Muslim. Maka mengapa hanya pasrah dan tidak berusaha, terdapat pelbagai perubatan alternative yang mendakwa mampu merawat gout termasuk Homeopathy. Perbezaan di antara Homeopathy dan lain-lain alternative adalah kes “proving” atau remedy yang telah “dibuktikan” untuk menyembuh sesuatu penyakit dan kajian klinikal berbanding lain-lain ubat alternative yang hanya mengikut cerita turun temurun (folklore).

Rawatan dan Remedi Homeopathy untuk Gout.

Setiap pengamal atau doctor Homeopathy yang mahir mempunyai kaedah sesi mendapat info mengenai penyakit yang dideritai .. saya mengambil kaedah yang agak simple tetapi memadai untuk saya “match making” penyakit dan remedy.

  1. Anda perlu bercerita mengenai penyakit anda secara bebas dan jujur dan tanpa rasa malu-malu
  2. Selepas itu saya mendapat info UTAMA di mana (lokasi kesakitan yang ketara) dan modality ( bila atau sebab penyakit itu melarat atau berkurangan)
  3. Info tambahan atau lain-lain kesakitan selain info utama termasuk apa, di mana dan modality tambahan
  4. Fokus kepada “apa yang telah berubah”
  5. Mencari atau mengenal pasti punca sebenar kenapa gout (atau lain-lain penyakit) boleh melarat , contoh selepas makan makanan laut atau selepas bersukan dan lain-lain
  6. Situasi “perubahan terjadi” yang terkini
  7. Pemerhatian atau mengenal pasti bentuk fizikal pesakit, contoh kurus atau gemuk
  8. Keadaan perubahan mental akibat penyakit yang dideritai, contoh kurang sabar suka marah dan mengeluarkan kata-kata kesat atau hanya memendam perasaan dan lain-lain.
  9. Keadaan suhu badan, kerap dahaga atau tidak dan jika terdapat perpeluhan adakah sedikit atau melampau.
  10. Sejarah keluarga, adakah ayah atau emak atau di dalam keluarga yang menghidap penyakit yang sama.

Perbezaan paling ketara di antara Homeopathy dan lain-lain rawatan ialah, Homeopathy bukan merawat penyakit tetapi merawat individu tersebut. Pelik tapi benar itulah cara rawatan Homeopathy.” Ish .. ish orang sakit , yang Homeopathy sibuk dok interbiu macam-macam, ada tak ubat yang boleh legakan gout atau kurangkan kesakitan dengan pantas?”. Tidak dapat nafikan hanya orang yang menderita kesakitan akibat gout sahaja yang mampu untuk membayangkan kesakitan akibat gout.

Kaedah popular ialah membenam (suppress) rasa sakit dan melegakan kesakitan dengan seberapa pantas. Ini dibuktikan oleh perubatan alopathy (perubatan mengguna drugs), mengguna pil pain killer yang seperti ibuprofen. Malangnya kesakitan akan datang semula selepas kesan pain killer hilang dan terpaksa mengambil lagi dan lagi pain killer sehinga terjadi kesan sampingan atau pain killer itu sendiri sudah tidak dapat “kill the pain”. Habis tu “nak buat lagu mana?” bak kata orang-orang Utara.

Homeopathy tidak menolak kaedah perubatan moden malah Homeopathy tidak pernah mengatakan kaedah Homeopathy adalah yang terbaik. Homeopathy di anggap “alternative” dan memang benar ia adalah alternative kepada perubatan alopathy (moden). Homeopathy akan membantu pesakit yang didiagnos dan preskripsi oleh doctor perubatan moden untuk mempercepatkan proses penyembuhan, menyingkir kesan sampingan perubatan moden dan Homeopathy akan membantu untuk memberi kesan penyembuhan secara total kepada pesakit jika kaedah rawatan Homeopathy yang sistematik diberi bergandingan dengan rawatan perubatan moden. Pendek kata perubatan moden dan Homeopathy sepatutnya bergandingan bukan saling mendabik dada mengatakan kaedah masing-masing adalah yang terbaik… yang penting kerjasama bak kata-kata hikmat siri rancangan kanak-kanak yang popular.

Ubat atau remedy Homeopathy untuk Gout.

Remedi Homeopathy mempunyai senarai yang panjang untuk pelbagai symptom gout bagi setiap individu. Senarai “top ten” ialah Arnica, Belladonna, Beberis vulgaris, Bryonia, Calcarea Flour, Colchicum, Ledum palustre, Rhododendron , Rhus toxichodendron dan Sulphur. Selepas soal jawab seperti di atas saya akan berupaya untuk mengenal pasti remedy yang paling sesuai , potensi remedy dan dosnya.

Hasil pemerhatian dan "case taking" yang pernah saya ambil, dari 10 orang yang bersabar dan mengamal ubat Homeopathy dengan berdisiplin, 8 orang akan memberi maklum balas bahawa gout mereka sudah terus hilang dengan sekali rawatan (serasi memainkan peranan penting), ada yang selepas 3 bulan dan ada yang selepas 6-8 bulan. Ini menunjukkan setiap individu adalah BERBEZA dari segi simptom, karekter dan tahap penyakit yang dideritai. Walaubagaimana pun berbalik kepada MAHA PENCIPTA dengan Izin-Nya maka tidak ada yang mustahil selepas kita berusaha dan mengkaji....

Sunday, January 16, 2011

Hepar Sulphuris Calcareum (HSC30) Ubat Jerawat Homeopathy Yang Hebat





HSC30
atau Hepar Sulphuris Calcareum boleh dikatakan ubat Homeopathy yang hebat dan amat berkesan untuk merawat jerawat, tetapi populariti HSC ini bayangi oleh kehebatan BC01, BC04 dan BC16. Kenapa ada 30 dihujung namanya? 30 bermaksud kekuatan atau potensi ubat tersebut, di dalam perubatan Homeopathy setiap ubat atau remedi akan dilabel dengan potensi 6,30,200,1000 dan 10,000. Biasanya potensi 6 dan 30 akan diberi kepada kanak-kanak dan boleh diulang dengan kekerapan setiap 10 minit kerana ia berbentuk tindakan "short acting". Potensi 200 dan ke atas akan bertindak lebih lama dan dos pengambilannya 1 kali sehari atau sebulan sekali. Setiap kes orang dewasa akan dimulakan dengan potensi 30 dan akan disambung ke potensi 200 dan seterusnya. Berbeza dengan Biochemic seperti BC01, BC04 dan BC16 yang diberi pada potensi 6x . Pening kepala kan ? Anggap ini sebagai info sahaja tidak perlu pening-pening kepala.. :)


Siapa yang sesuai dengan HSC30 ?. Jika anda alami jerawat yang besar, bernanah, berbau, lambat untuk sembuh, muka nampak kusam, berminyak dan berulang-ulang ( baik dan jadi semula) HSC30 adalah ubat untuk anda. Paling bagus jika digandingkan dengan BC01, krim dan sabun Carmino Complexion.


Pakej : HSC30+BC01+CCC+CCS - RM210 (Jimat RM60) - Penghantaran adalah percuma

Cara Pengambilan : 3 kali sehari sebelum makan. Ambil HSC30 2-4 biji dan dikemam (hisap jangan dikunyah). Selepas 30 minit ambil BC01 sebanyak 2-4 biji dan dikemam. Ulang cara yang sama sebanyak 3 kali sehari. Krim CCC adalah krim malam, selepas mencuci muka dengan sabun CCS, keringkan muka dengan tuala bersih. Sapu krim CCC dengan nipis secara putaran ke seluruh muka dan biarkan semalaman. Krim ini tidak sesuai digunakan sewaktu siang ketika anda berada dibawah sinaran matahari kerana krim ini bukan krim kosmetik.


INFO : Jika anda ingin tahu ubat atau remedi yang sesuai untuk anda, mudah sahaja ... gambarkan keadaan jerawat anda seperti jerawat besar atau kecil, bernanah atau tidak, anda sembelit atau tidak, jerawat makin teruk sebelum dan sewaktu period, muka berminyak dan sebagainya. Lebih baik kalau sertakan gambar anda ke email anwar@solaris-marketing.com dan cc ke khairulanwar.mustafa@gmail.com sebagai langkah berjaga-jaga, kadang-kadang server solaris-marketing.com down :).... Jika saya mendapat maklumat yang "power" maka saya boleh mencadangkan ubat yang "power" juga kan...

Ingin menderma untuk bekalan akhirat ? boleh lawat ke DrCoOL's Blog


Sunday, January 2, 2011

Phytolacca Americana 3 in 1 Kehabisan Stok

Sehingga hari ini 1 Januari 2011 stok Phytolacca Americana 3 in 1 masih belum sampai dan dijangka selewat-lewatnya dalam tempoh 7-14 hari stok baru akan tiba. Segala kesulitan amatlah dikesali…

Walaupun stok kehabisan, saya amat terharu di atas kepercayaan anda yang telah membayar untuk pembelian Phytolacca Americana 3 in 1 secara advance. Saya akan membalas kepercayaan anda semua dengan pemberian hadiah misteri yang akan dipos bersama-sama Phytolacca Americana 3 in 1 nanti.. Kesabaran dan kepercayaan anda semua amatlah dihargai.

Friday, December 17, 2010

Tip Atasi Pori-Pori Terbuka


Soalan yang kerap diajukan kepada saya ialah bagaimana untuk mengguna krim seperti Carmino complexion cream (CCC), Soundarya dan Aquifolium. Seringkali juga saya sarankan mengguna air suam untuk mencuci muka sedangkan yang bertanya itu sendiri pun tidak mengetahui keadaan pori-pori mukanya, dan jika orang tersebut mempunyai masalah pori-pori terbuka …maka dalam 1-2 hari menjerit-jeritlah dia SMS saya ..kenapa jerawat makin naik docc?!!. Jika ini terjadi jangan sesekali panic atau hysteria kerana selain ubat-ubat, atau kosmetik yang mahal terdapat bahan-bahan disekeliling kita yang boleh digunakan untuk meredakan “serangan” jerawat yang maha hebat tersebut.

Secara mudahnya jika anda mempunyai pori-pori yang terbuka janganlah guna air suam tetapi gunalah air sejuk untuk mencuci muka. Ubat atau remedy yang sesuai untuk masalah pori-pori terbuka adalah BC04, kerana BC04 mempunyai collagen yang akan mengecutkan pori-pori tersebut dari dalam.

Kenapa terjadi pori-pori terbuka?

Folikel rambut adalah lubang yang sangat kecil yang akan berada di sekitar kulit di seluruh tubuh kita, tugasnya untuk menyokong akar rambut. Setiap folikel mengandungi kelenjar sebaceous yang membekal pelincir kepada kulit yang di panggil sebum.Sebum adalah campuran minyak bersama sel kulit mati dan nutrisi. Bergantung kepada tahap kebersihan lubang folikel ini, saiz akar rambut akan menentukan saiz lubang tersebut. Lubang ini dipanggil pori-pori (pores). Pori-pori yang luas akan diwarisi secara genetik, perubahan umur dan tahap kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari dan juga akibat penggunaan kosmetik yang melampau atau kosmetik yang menjadikan kulit muka mengelupas.


Selain dari ubat dan krim, untuk merawat pori-pori terbuka, cuba buka peti ais dan lihat apa yang ada, jika tidak ada apa-apa pun didalamnya, ais pun boleh digunakan . Yang penting kena rajinlah kalau malas tu payahlah.., selain dari itu bersabar amat penting untuk mengelak dari stress, kerana stress juga adalah penyebab jerawat yang utama!!. Kawal makanan berlemak, makanan segera, makan buah, sayur dan minum air dengan kuantiti yang secukupnya untuk mengelak dari sembelit, ini kerana sembelit juga adalah penyebab utama terjadi jerawat. Sembelit akan menjadikan hati amat “sibuk” untuk menyahtoksik, faham-fahamlah kan jika sibuk, akan terjadilah kerja-kerja yang tidak habis begitu jugalah hati. Apabila hati gagal untuk membuang segala toxic, kulit muka adalah tempat yang paling mudah untuk discaj (membuang) toxic dan terjadilah jerawat yang pelbagai jenis bentuknya.

Ubat untuk membantu hati supaya lebih cekap untuk membuang toxic adalah R7 Dr.Reckeweg, dibantu oleh R37 untuk melembutkan najis, R23 dan R53 untuk merawat masalah kulit seperti jerawat dan eczema.

Selain ubat-ubat Homeopathy yang selamat dan tanpa kesan sampingan, kaedah mudah dan murah boleh digunakan untuk merawat jerawat dan pori-pori terbuka.

  1. Tahukah anda bahawa tomato adalah toner asli yang amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan pori-pori terbuka. Caranya guna jus tomato atau ramas-ramas tomato tersebut, sapu ke seluruh muka dan biarkan selama 5 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Cubalah setiap hari dan tengoklah hasilnya.
  2. Buah lemon juga mempunyai khasiat yang baik, caranya panaskan jus lemon dan perlahan-lahan campurkan dengan putih telur dan kacau selama 20 saat, selepas ia sejuk sapu ke muka dan biarkan untuk 10-15 minit.
  3. Buah betik juga adalah toner yang hebat, guna buah betik yang masak ..hancurkan dan sapu ke muka anda dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Anda juga boleh mencampurkan jus lemon bersama-sama dengan betik tadi untuk mendapat kulit yang cerah dan lembut.
  4. Ais juga boleh membantu untuk merawat pori-pori terbuka, caranya basuh muka dengan air suam dengan mengguna sabun yang lembut seperti Merrygold dan Carmino Complexion soap (CCS) untuk membuang segala kotoran. Ambil ais dan urut-urut ke seluruh muka. Ais bukan hanya untuk diminum tetapi boleh juga membuat anda cantik ..pelik tapi benar.