Friday, October 29, 2010

Oh Jerawat Dan Parut . Kenapa Kau Pilih Muka Aku!



Jerawat! Mengapa kau pilih aku!! begitulah jeritan batin si gadis ayu, Sebelum ini muka gadis itu bersih, gebu dan mulus tanpa sebarang cacat cela, tetapi apabila umurnya menghampiri puberty spot merah akan timbul di dahi, pipi, hidung dan dagu mencacatkan wajah mulus gadis tadi. Hampir 80% remaja yang sedang mengalami puberty atau akil baligh akan ditumbuhi jerawat dengan pelbagai sebab seperti dibawah :

1. Perubahan hormone, kejutan hormone androgenic yang banyak secara luar biasa kuantitinya, seperti lintas pintas yang mengalirkan hormone dan menjadikan sebum keliru dan memproses minyak dengan kuantiti yang banyak. Hati (liver) menjadi “jam” dengan traffic yang luar biasa, maka proses penuetralan menjadi perlahan. Proses-proses ini akan menjadikan serangan jerawat yang kadang-kadang seperti “diternak” , di mana jerawat akan membiak dengan suburnya.

2. Pori yang bermasalah. Sebum akan bercampur dengan Propionibacterium acne (bacteria yang menyebabkan jerawat). Hasil dari gabungan ini akan terjadi letusan di kulit iaitu jerawat.

3. Penjagaan kebersihan yang tidak teratur, sarung bantal yang hampir hilang warnanya kerana tidak basuh yang sering dipanggil bantal busuk juga boleh menyumbang kepada jerawat. Penggunaan tuala yang sama untuk lap muka dan badan.

4. Sembelit, kurang minum air, tidak ambil sayur-sayuran dan tidak makan buah-buahan.

Penyebab utama , jerawat tejadi ialah;

1. Kegagalan hati untuk menyahtoksik. Sembelit adalah penyumbang utama. Bila anda kerap sembelit, hati terpaksa bekerja keras untuk meneutral toksin yang terhasil. Kegagalan untuk menyahtoksin akan mengakibatkan toksin akibat sembelit itu keluar secara terpaksa, dan malangnya kulit muka adalah platform yang paling mudah untuk toksin tersebut meloloskan diri. Proses ini akan mengakibatkan terjadinya jerawat.

2. Ubat atau remedy Homeopathy yang cukup berkesan untuk “mencaj turbo” hati untuk menambah kecekapan bekerja ialah R7 – Dr.Reckeweg dan Echi-a Blood Detox. Bagi melembutkan najis R37 – Dr.Reckeweg, amat membantu didalam kes-kes sebelum ini selain pengambilan makanan yang berserat, buah-buahan dan minum air dengan kuantiti yang secukupnya.

3. Hormon merupakan factor utama yang kedua. Hormon adalah berunsur kimia di dalam tubuh yang digunakan sebagai utusan di antara organ dan memberi isyarat untuk organ-organ tersebut bertindak apa yang sepatutnya. hormone androgenic akan memberi arahan kepada kelenjar minyak di kulit untuk menghasilkan sebum atau minyak di kulit dengan kuantiti yang sepatutnya untuk “dikeluarkan” Jika hormone androgenic terjadi dengan banyak dan terapung di sekitar kelenjar minyak atau sebum, maka terjadilah “pengeluaran berlebihan” sebum atau minyak di kulit. Darah akan dipenuhi lebihan hormone androgenic dan darah bertoksin yang akan mengakibatkan “breakout” yang menggila di muka remaja tersebut.

4. Produk Biochemic Cell Salt (Garam tisu) adalah solusi terbaik untuk mengimbang “litar pintas” hormone. BC01, BC04 dan BC16 adalah produk yang telah membantu ramai pengguna sebelum ini. Selain dari itu bagi gadis dan wanita yang kerap mengalami jerawat sewaktu datang haid, boleh mengambil Pulsatilla. Sekiranya jerawat itu bernanah dan merah, gatal serta sakit, melarat apabila membasuh muka, Sulphur adalah ubat atau remedy yang amat membantu.

Proses penyembuhan mengguna ubat homeopathy, seringkali akan terjadi “penolakkan” keluar nanah. Ini adalah positif, kenapa pula positif sedangkan ramai yang hampir hysteria bila proses ini terjadi?. Jika anda mengguna produk membenamkan jerawat seperti yang dijual dipharmasi, anda akan dapat hasil yang pantas 2 – 3 hari jerawat sudah “TIADA”, wah gembira bukan kepalang kerana muka kembali gebu, tetapi pada hakikatnya “lahar gunung berapi” masih , merapi-merapi meluap-luap untuk keluar, jika terus dibenam dan dibenam letusannya , tidak mustahil pada satu hari nanti anda akan disahkan sebagai pesakit kanser kulit, Tahniah!

Proses penolakkan atau letusan jerawat, boleh dirawat dengan beberapa krim seperti Carmino Calendula Healing (CHC) yang sesuai untuk disapu pada spot-spot jerawat yang tidak begitu kronik, Krim Sulphur untuk jerawat yang bernanah, gatal dan sakit. Selepas jerawat kering dan tinggal parut sahaja Krim Carmino Complexion Cream (CCC) boleh membantu untuk memudarkan dan menghapus terus parut-parut dengan bantuan Sabun Carmino Complexion (CCS) atau Merrygold. Jika CCC tidak serasi dengan anda Krim Soundarya atau Aquifolium boleh dicuba. Semua produk-produk ini adalah selamat, tanpa hydroquinone dan bahan-bahan kimia, AHA atau EHEHE (gurau-gurau jangan marah) . Semua produk disediakan sebagai produk Homeopathy dan herba , ia bukan produk kosmetik.

Oleh itu anda jangan stress bila baca artikel ini, kerana stress juga adalah penyumbang utama kepada jerawat. Ceria-ceria selalu!

Thursday, October 28, 2010

Sambungan - Jerawat 11 Tahun Nak Sembuh Dalam Masa 1 Minggu ?

Sambungan...

Cuaca hari itu hujan dan kilat sabung menyabung, angin pun kuat mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. "Kalau angin semakin kuat kene azan ni" saya terdetik untuk azan sekiranya angin semakin kuat, mana la tahu nanti terbang pula atap pejabat saya ni, tak pasal-pasal masuk "paper" dan Astro Awani, bertambah glamour la saya...

Selepas 5 minit desiran angin yang menyeramkan serta kuat itu, mula memperlahankan momentumnya.. saya bersyukur dan merasa lega. Handphone saya berbunyi memberi isyarat bahawa ada SMS masuk, "doc saya nak update pasal muka saya..ada di office kan, tunggguuu!!". Alamak angin ribut sudah reda, tetapi datang ribut lagi satu, pula!! yang menyeramkan ayat penghujung nya "tunggguuu!!" siap ada tanda seru tu..

Saya menghitung sendirian selepas menyemak rekod gadis garang yang akan muncul pada bila-bila masa sahaja. "oh dah 3 minggu" saya bercakap sendirian, pembantu saya pun menoleh kehairanan. "Assalamualaikum.. mujur doc ada, ni saya bawa 2 orang kawan sepejabat nak ambil ubat jerawat juga" Fuh... saya tersandar di kerusi dengan penuh rasa syukur dan kelegaan.

Muka gadis tersebut amat berbeza, jika dibandingkan dengan 2 minggu lepas, jerawat yang besar tidak "bermata dan yang bermata" dan bernanah telah kering dan hanya tinggal parut-parut yang agak pudar, mukanya yang berminyak dan kusam pun dah kembali bermaya dan nampak segar menyerlahkan keayuan gadis tersebut. Dia tersenyum manis, amat manis sekali. "Doc, tolong cadangkan pada kawan saya yer apa yang perlu di ambil?". Gadis tersebut dengan suara yang merdu meminta.. "eh Echi-a berapa ringgit yer doc?, saya nak bayar ni". Dia tidak lupa rupanya.

Kawan kepada gadis tadi mempunyai 2 permasalahan yang berbeza, Gadis A akan berjerawat teruk, seminggu sebelum datang haid dan Gadis B pula hidapi sembelit yang kronik. Bentuk jerawat hampir sama kombinasi jerawat besar dan kecil-kecil, muka berminyak dan berkulit cerah.

Gadis garang yang bertukar mesra, saya cadangkan mengguna Krim Soundarya untuk menghapus parut, Sabun CCS dan BC16 Skin Repair Formula.

Solusinya :

  • Gadis A saya cadangkan BC01, Pulsatilla 30, Krim CCC dan sabun CCS
  • Gadis B saya cadangkan mengambil Set Komprehensif R7 Detox untuk membuang toxin didalam hati akibat sembelit, R23 untuk merawat jerawat yang bernanah dan juga untuk membina tisu baru bagi menghapus parut, R53 untuk mengimbang hormon yang tidak stabil, R37 untuk melembutkan najis dan menghalang dari terjadinya sembelit. CCC dan sabun CCS.
Cara pengambilan remedi yang dicadangkan :

  • BC01 dan Pulsatilla adalah remedi berbentuk tablet diambil 3 kali sehari, ambil BC01 4 biji dan dihisap hingga larut kedalam mulut dan selepas 30 minit ambil Pulsatilla 30. Begitulah seterusnya
  • R7, R23, R37 dan R53 adalah remedi Dr.Reckeweg berbentuk cecair, dicadangkan R7 dan R53 diambil 3 kali sehari seperti turutan di atas, sementara R23 dan R53 hanya di ambil pada sebelah malam sebelum tidur dan diselang selama 15-30 minit.
  • Krim CCC hanya di guna pada sebelah malam, selepas mencuci muka mengguna sabun CCS, kalau boleh mengguna air suam. Krim hendak disapu secara putaran ke seluruh muka dan dibiarkan semalaman. Begitu juga Krim Soundarya.
Ketiga-tiga gadis tadi pulang dengan muka penuh harapan, untuk kembali cantik dan kembali yakin untuk bergaul mesra bersama-sama teman, sekarang mereka merasa rendah diri dengan muka yang penuh berjerawat. Saya sentiasa mendoakan semoga semua pembeli mendapat manfaat sebaik-baiknya dari ubat-ubat saya...aminnnnnn

Moral dari cerita ini : Remedi atau ubat Homeopathy adalah bebas dari bahan kimia atau bahan-behan beracun, amat selamat dan tidak ada kesan sampingan. Proses penyembuhannya kadang-kadang mempunyai "outbreak" atau keluar dahulu baru sembuh dan ada yang terus sembuh. Ini mengikut keadaan sesuatu penyakit yang dihidapi. Perubatan Homeopathy tidak membenam penyakit seperti membenam jerawat kedalam kulit untuk kelihatan sihat. Perubatan Homeopathy merawat individu bukan hanya merawat penyakit tertentu sahaja. Rawatan Homeopathy memerlukan kesabaran dan berdisiplin sewaktu mengambil ubat atau remedi.



Monday, October 25, 2010

Jerawat 11 tahun nak sembuh dalam masa 1 minggu ?




BC01 ada kesan sampingan ke?

Jerawat 11 tahun nak sembuh dalam masa 1 minggu ?

Tengah asyik melihat post dan comment di dalam Facebook, muncul seorang gadis di pejabat konsultasi dengan muka masam mencuka. Sambil memberi salam dia terus berkata “doc kata tak da kesan sampingan, ni apa yang jadi kat muka saya ni?”. Saya terus tersandar di kerusi yang kurang empuk sambil lihat wajahnya dengan teliti. Ohh baru saya ingat, gadis ini pernah datang ke pejabat konsultasi saya lebih kurang 1 minggu lepas.

Jab yer saya tengok rekod awak, hermm baru seminggu ambil ubat yer”, saya terus melihat rekod ubat atau remedy yang di ambil pada minggu lepas. “Ok awak ambil Biochemic BC01, Sulphur 30, Pulsatilla 30, sabun CCS dan krim CCC.” Dia angguk lemah dan berkata “Ni saya bawa sekali , nak pulangkan dan nak duit saya semula!”, gadis itu berkata dengan agak tegas. “oh boleh-boleh saya akan pulangkan duit awak tapi sebelum tu saya nak awak jawab beberapa soalan dulu yer” , dia angguk-angguk lagi, mukanya masih masam mencuka. Kalau lah ada yang nak mengorat pasti takut tengok muka gadis itu, nampak garang betul. Saya pun naik seriyau, risau nanti diterkamnya saya …

Ok awak nak tanya apa?”, gadis itu menyoal tegas. “Awak ingat tak, saya beritahu awak yang berkemungkinan healing crisis akan terjadi, seperti eruption atau jerawat akan naik kerana dibawah kulit muka awak tu sememangnya terdapat *nanah, sel kulit mati yang telah bercampur dengan bakteria… awak ingat tak?” Saya menyoal lembut. “iye ada tapi tak sangka la teruk macam ni” gadis itu menjawab dengan gaya agak begang. Muka gadis ini pada minggu lepas sememangnya sudah berjeawat yang besar, ada yang “bermata” dan ada yang tidak bermata. Sedikit bernanah dan keadaannya kalau dikategorikan memang agak teruk dan akibat dari “penolakkan keluar” bahan-bahan kotor di bawah lapisan kulit mukanya lagi la bertambah teruk wajahnya. “ini bukan kesan sampingan, tetapi adalah kesan positif yang menunjukkan proses penyembuhan didalam proses, kesan sampingan atau side effect bukan boleh nampak dalam masa 1 minggu” saya berhujah lagi untuk memberi fakta sebenar.

* Sebaceous gland adalah kelenjar yang menghasilkan minyak, di panggil sebum. Sebum akan terjadi dengan kuantiti yang berlebihan jika kebersihan diabaikan (sebum akan bercampur dengan bakteria dan akan ditolak keluar menjadi jerawat), diet pemakanan yang salah dan kerap kali mengambil makanan berlemak dan stress.

Jerawat awak sudah 11 tahun tak surut-surut dan bermacam-macam produk membenam jerawat sudah digunakan… betul tak?” , saya menyoal lagi. “Betul lah, tapi apa kaitannya dengan keadaan muka saya sekarang?”. Gadis itu bertanya dengan muka begang lagi. “Awak baru ambil ubat-ubat saya baru 1 minggu kan?, jadi saya rasa tak adil jika masalah lama nak salahkan ubat-ubat yang baru seminggu awak makan dan gunakan?”. “Habis tu apa cadangan doc?”, gadis itu mula bersuara lunak sedikit. “Saya cadangkan awak teruskan dengan ubat-ubat sekarang, seperti yang saya arahkan, Sulphur 30 ambil lagi seminggu (ambil untuk 2 minggu sahaja) dan berhenti, BC01 dan Pulsatilla 30 seperti biasa 3 kali sehari 30 min sebelum makan. (selang seli jarakkan waktu antara BC01 dan Pulsatilla 30 selama 30 minit), cukupkan sebulan dan jika masih tak berkurangan saya akan pulangkan duit awak semula, dan saya akan beri awak 1 remedi detox, Echi-a, ambil selepas berhenti ambil sulphur, ubat ini awak bayar kalau puas hati kalau tidak saya niat sedekah je” Panjang lebar saya bercakap dan gadis itu nampak akur dengan permintaan saya. “Ok. Saya akan teruskan, dan akan update dengan doc dari masa ke semasa”. Gadis itu terus keluar tanpa memberi salam perpisahan.

Bersambung ….

Saturday, October 23, 2010

Lechitin - Lechitin & Cal.Phos Baik Untuk Ibu Menyusu Bayi


Selepas saya menyiarkan artikel mengenai Lechitin dan Cal,phos, ramai yang bertanya bagaimana untuk memesan produk Homeopathy yang selamat dan tanpa kesan sampingan ini, kini kedua-dua remedi hebat ini sudah bleh dipesan di online. Tambahan pula Lechitin juga berupaya untuk menambah saiz payudara (breast enhancement / breast enlargement) bagi wanita yang ingin mendapat bentuk payudara yang cantik dan menarik, selain untuk menggalak penghasilan susu untuk bayi comel anda mendapat susu ibu, yang telah diiktiraf oleh para saintis sebagai susu terbaik bagi bayi.

Selain dari kedua-dua Homeopathic single remedy ini, terdapat lain-lain remedi Single dan combo untuk pelbagai masalah kesihatan seperti:

  • Remedi Single dan Combo untuk pelbagai masalah kulit
  • Remedi Single dan Combo untuk masalah rambut
  • Remedi Single dan Combo untuk wanita dan lelaki
  • Remedi Single dan Combo untuk masalah pernafasan
  • Remedi Single dan Combo untuk kesihatan mental
  • Remedi Single dan Combo masalah kesihatan umum
Untuk mendapat info mengenai remedi di atas , anda bolehlah email kepada saya dengan menyatakan beberapa simptom penyakit yang anda deritai, atau yang telah dikenal pasti oleh doktor lain contohnya doktor tersebut telah mengesahkan bahawa ada menghidap diabetis atau alopecia atau arthritis, dan selepas itu saya akan mencadangkan beberapa remedi Single atau Combo untuk anda. Sila email ke anwar@solaris-marketing.com atau khairulanwar.mustafa@gmail.com

Informasi Produk

  • 100% persediaan Homeopathy
  • Tidak ada kesan sampingan
  • Jenis tablet manis, yang sedap dan mudah larut di dalam mulut
  • Setiap produk mengguna hanya satu atau Single remedi sahaja.


Rawatan Untuk Ibu Menyusu Bayi Yang Kekurangan Susu.

Indikasi: Dua remedy Homeopathy , “single remedy” Lechitin dan Calcarea Phosporica untuk menambah kuantiti dan kualiti susu ibu. (2 botol berasingan)

Lechitin : Remedi utama untuk menggalak penghasilan susu bagi ibu yang menyusu. Ia bertindak sebagai galactogog, yang bermaksud menambah kuantiti penghasilan susu dari kadar biasa bagi ibu menyusu bayi, malah menjadikan susu ibu tersebut lebih berkualiti dari segi nutrisinya. Ia juga boleh membantu merawat keletihan, individu yang lemah dan sukar bernafas, kehilangan berat badan dan keletihan tubuh secara umum. Lechitin juga amat membantu bagi masalah darah rendah atau anaemia, merawat keletihan akibat sakit yang lama, masalah seksual yang melibat saraf seperti impotensi bagi lelaki dan wanita (neurasthenia) dan sukar untuk tidur (insomnia). Lechitin juga berkemampuan untuk membantu wanita yang berhasrat untuk membesarkan buah dada dengan cara semulajadi.

Calcarea Phosporica: Remedi ini amat membantu mempercepatkan proses yang di mulakan oleh Lechitin. Cal.phos juga membantu menjadikan susu ibu lebih sedap dan tidak terasa masin sehingga bayi tidak suka untuk menyusu. Cal.phos juga membantu merawat kesakitan dan terasa tekanan di kawasan uterine sewaktu penghasilan susu terjadi. Ia juga memberi nutrisi kepada tulang-tulang dan kelenjar. Cal.phos adalah remedy yang baik untuk membantu masalah tulang dan sendi, anemia, tulang yang patah, tulang retak, sakit kepala, sakit saraf, sakit tengkuk, sakit tekak, dan tonsil yang membesar.

Cara pengambilan : Dewasa: 4 dikemam sehingga larut didalam mulut selama beberapa minit, 3 kali sehari 30 minit sebelum makan. Ambil masa lebih kurang 30 minit untuk remedy kedua dan ulang turutan tersebut 3 kali sehari. Kanak-kanak , dosnya adalah separuh dos dewasa.


  • Symptomatic treatment for reduced Lactation in nursing women

Indications: A homeopathic combination pack with two single remedies Lecithin and Calcarea Phosphorica for enhancing lactation.

Lecithin: Lecithin is a chief remedy for enhancing milk production in lactating woman. It acts a galactogog, that is it increases the quantity of milk secretion in nursing women and makes it more nourishing. It is useful in tired, weak people having shortness of breath, loss of flesh and general weakness. It is also useful in anaemia, convalascence, neurasthenia and insomnia.Lechitin It's also being used for breast enhancement with good results of fuller and firmer breasts.

Calcarea Phosphorica: Calcarea phosphorica is useful remedy during lactation. The milk tastes salty and the child refuses breast. There is also weakness with aching and pressing in uterine region during lactation. It helps in nourishing bones and glands.

Directions: Adults: Take 4-5 pellets or tablets orally by mouth and allow them to dissolve in few minutes time. Repeat at least 3 times a day, about 30 minutes before or after food. Similarly take the second remedy after a gap of 30 minutes, make sure to remember the sequence. Children: half of the adult dose.



Cara memesan dan membuat bayaran

Harga : Pakej untuk Combo ialah RM130 (jimat RM30), penghantaran adalah percuma


Kuantiti : Setiap botol mengandungi 300-350 biji , di anggar untuk penggunaan untuk 1 bulan.

(Lechitin dan Calcarea Phosporica boleh dipesan secara berasingan, harga setiap sebotol ialah RM80, penghantaran adalah percuma)

Key attributes of homeopathic single remedy Lecithin are Anemia, Convalescence, Debility, Faulty nutrition, Impotency, Neurasthenia, Insomnia, to increase secretion of breast milk in nursing women.

Key attributes of Cell Salt Calcarea Phosphorica are Anemia, Brain fag, Broken bones, Colds, Colic, Fractures, Headaches, Joint disorders, Leucorrhoea, Rheumatism, Stiff neck, Tardy dentition, Throat sore, Tonsils enlarged.

Monday, October 11, 2010

Echi-a - Tumbuhan Ajaib




Echi-a – Detox Paling Hebat

Dalam tubuh kita, virus dan bacteria adalah penjahat. Pihak Polis adalah sel darah putih, dan Pasukan Gerak Khas (SWAT) adalah dari sel yang dipanggil phygocytes. Sel-sel ini akan meronda ke seluruh system tubuh di dalam misi khas, menyerap dan memusnahkan substan jahat seperti virus-virus dan bacteria yang boleh menganggu tubuh anda. Proses ini dipanggil phygocytosis, walaupun Pasukan Gerak Khas bertindak cemerlang, masih tertinggal penjahat-penjahat yang bersembunyi yang gagal di kesan dan masih boleh memberi ancaman kepada tubuh kita.

Untuk menangkap dan menghapus penjahat, Pasukan Polis perlu di beri bantuan anggota tambahan, untuk menambah kekuatan pasukan Polis. Ini adalah masa untuk menghantar lebih ramai lagi Polis iaitu phygocytes dan Echinacea adalah bantuan yang diharap untuk menghapus penjahat-penjahat yang masih bebas itu.

“Muka saya mula tumbuh jerawat bermula se awal saya akhil baligh dan sudah hamper berbelas tahun mencuba pelbagai produk, bersyukurlah pada Allah dengan hanya sekali mencuba Echi-a jerawat lama dan baru mula kecut dan kurang, muka berminyak dan kusam pun dah kurang.” Fizah, Kajang


Ada yang menggelar Echinacea adalah "tumbuhan ajaib", tumbuhan botanical yang dihasilkan dengan teknik Homeopathy dan digelar homeobotanical (terdapat juga dalam bentuk serbuk yang bukan mengguna kaedah Homeopathy). Echinacea amat berkesan dan boleh diharap bukan hanya sekadar cerita turun temurun, tetapi dengan bukti kajian saintifik. Para saintis telah mengesahkan Echinacea adalah herba yang bertindak sebagai immunostimulants (aktiviti menambah kuat system immune tubuh).

“Echi-a telah menyelamatkan saya tepat pada waktunya, di hari perkhawinan , muka saya telah bersih setelah mengambil Echi-a, Pulsatilla, BC01, krim CCC dan sabun CCS” Mimie, Ampang.


Tumbuhan yang tumbuh di Amerika Utara, akan merangsang system immune ke tahap yang paling tinggi. Sebelum adanya ubat antibiotic, herba Echinacea merupakan antibiotic yang diguna secara meluas di Benua Amerika.



Echinacea boleh menyahtoksik infeksi bacteria sebelum ia merebak ke seluruh tubuh, boleh menghalang selsema, influenza dan pelbagai penyakit, menurut Alison Lee, M.D. Pengarah Barefoots Doctors di Ann Arbor, Michigan. Alison adalah pengamal perubatan Alternatif.
Beliau mencadangkan setiap orang membawa 1 botol cecair Echinacea sebagai herba untuk mencegah selsema pada peringkat awal jangkitan, kerana Echinacea akan menjadi “pembunuh” bacteria dan virus yang paling effektif dan merangsang pertahanan tubuh ke peringkat yang terbaik.

Bila anda mengambil Echinacea, immune system akan memberi respon dengan mempercepatkan penghasilan phygocytosis dan menambah sel darah putih, sebagai pembunuh semulajadi yang memburu partikel asing seperti virus dan bacteria didalam tubuh kita.

Echi-a mempunyai kualiti dan kesan terapuetik :

  • Antiseptik
  • Antiviral (antibiotic)
  • Antifungal (anti kulat)
  • Anti-inflammatory (anti radang)
Membantu pertahanan tubuh untuk membina resistan kepada infeksi, penyakit seperti :

Keracunan darah yang mengakibatkan penyakit kulit yang kronik seperti jerawat, eczema dan alergik

  • Jangkitan Selsema
  • Keputihan
  • Masalah haid yang tidak teratur
  • Dan pelbagai masalah kesihatan.
Info dan Order

Wednesday, October 6, 2010

Lechitin - Single Remedy

Contoh produk Lechitin Homeopathy

Hasil respon dari shout box, ramai yang bertanya dan agak keliru dengan Lechitin Homeopathy dan Lechitin yang "bukan Homeopathy". Jawapannya, Lechitin Homeopathy adalah berbeza dari Lechitin yang disediakan bukan dengan kaedah Homeopathy.

Produk Lechitin yang dihasilkan dengan kaedah biasa akan menggunakan bahan "crude" atau terus dari bahan mentah, tetapi dengan kaedah Homeopathy, Lechitin disediakan dengan dos yang amat kecil. Sehingga pihak makmal mengatakan "not detected" bahan Lechitin didalam remedi tincture Homeopathy, tetapi dengan dos yang amat kecil ini sudah semestinya amat selamat dan mampu memberi kesan yang amat memuaskan.

Berikut ialah indikasi bagi Lechitin produk Homeopathy:

Lecithin adalah penting dalam proses vital organisma tumbuhan dan haiwan. Lecithin memiliki pengaruh positif pada keadaan nutrisi dan terutama pada darah, maka penggunaannya pada anemia dan pemulihan akibat sakit yang berpanjangan, keletihan saraf (neurasthenia) dan insomnia. Membantu dalam proses peningkatan jumlah sel darah merah dan jumlah hemoglobin. Galactagog (proses penghasilan susu bagi ibu menyusu) yang amat bagus, membuat kuantiti lebih banyak dan lebih berkhasiat.Jika ingin kesan penghasilan susu yang lebih cepat, pengambilan garam tisu atau Biochemic Cal.phos 6x akan mempercepatkan proses pertambahan kuantiti susu.


Remedi tunggal homeopati Lecithin ialah untuk merawat Anemia, pemulihan akibat dari sakit yang lama, keletihan melampau, nutrisi yang salah, impotensi, neurasthenia, Insomnia, untuk meningkatkan penghasilan susu pada wanita menyusu bayi. Bagi wanita yang tidak menyusu bayi, Lechitin akan membantu untuk menegang, membesarkan dan mencantikkan payudara.




In English:

Lecithin is important in the vital processes of plant and animal organisms. Lecithin has a favorable influence upon the nutritive conditions and especially upon the blood, hence its uses in anaemia and convalescence, neurasthenia and insomnia. Increasing the number of red corpuscles and amount of hemoglobin. Excellent galactagog, renders milk more nourishing and increases quantity.

Causes an immediate decrease in the excretion of the phosphates. Mental exhaustion and impotency. Tuberculosis, causing marked improvement in nutrition and general improvement. Tired, weak, short breath, loss of flesh; symptoms of general break-down. Sexually weak.

Key attributes of homeopathic single remedy Lecithin are Anemia, Convalescence, Debility, Faulty nutrition, Impotency, Neurasthenia, Insomnia, to increase secretion of breast milk in nursing women.